ADVERTISEMENTspot_img

Kekalkan keharmonian, perpaduan sedia terjalin sejak sekian lama: Abidin

Abidin (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima

RANAU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir menyeru rakyat di seluruh negeri supaya terus memupuk dan mengekalkan keharmonian serta perpaduan yang terjalin sejak sekian lama.


Beliau berkata, perbezaan pegangan agama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini khususnya di pedalaman tidak menjadi penghalang kepada perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat.


Tambahnya, budaya hormat-menghormati sebegini telah wujud sejak dahulu lagi dan budaya ini perlu dikekalkan sebagai pemangkin kepada perpaduan yang berterusan dan untuk kebaikan bersama.

Abidin (sembilan kiri) bersama imam dan lain-lain bergambar beramai-ramai dalam majlis tersebut


Abidin yang juga Adun Paginatan berkata walaupun daerah ini terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, penduduk di sini masih boleh duduk berbuka puasa bersama masyarakat lain yang berlainan agama.


“Rakyat perlu saling memahami dan menghormati antara satu sama lain kerana ini adalah salah satu cara kita khususnya di Sabah untuk meneruskan keharmonian agama dan budaya agar ia menjadi lambang perpaduan di negara ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada surau dan masjid merangkap majlis berbuka puasa yang diadakan di Homestay dan Restoran Red Tierra di Kg Tanah Merah dekat sini pada Jumaat.


Dalam majlis itu, Abidin menyerahkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan kepada 11 masjid dan 22 surau yang terletak dalam kawasan DUN Paginatan.


Semua sumbangan telah diterima oleh imam setiap surau dan masjid semasa majlis itu sejurus sebelum solat azan Maghrib yang menandakan buka puasa.


Majlis itu diadakan dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang disyorkan Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan wabak Covif 19 yang masih wujud dalam kalangan masyarakat.


Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Abidin, Datin Florence Malingkid, Pegawai Kemajuan Masyarakat (PPM) Paginatan, Hishamuddin Harun, Penyelaras merangkap Setiausaha Star Paginatan, Juis Konsuling dan pemimpin tempatan yang lain.

  1. Abidin (sembilan kiri) bersama imam dan lain-lain bergambar beramai-ramai dalam majlis tersebut
  2. Abidin (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN