30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kecewa BKD tidak ditawarkan, Madius hadiahkan Dewan Rakyat serangkap pantun ‘makan dalam’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (PH – Tuaran) meluahkan kekecewaan apabila subjek Bahasa Kadazandusun (BKD) tidak disenaraikan dalam pengambilan calon guru bidang pengkhususan Bahasa Etnik sesi 2023 di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Selain BKD katanya, turut tidak tersenarai dalam pengambilan guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tajaan  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah Bahasa Iban dan Bahasa Semai.

Menyifatkannya sebagai tidak selari dengan konsep Malaysia Madani, Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu turut melantunkan sebuah pantun bagi menzahirkan kekecewaan mendalam terhadap KPM.

“Pelbagai bahasa, budaya dan bangsa,

Itulah Malaysia tanah tumpah darah kita,

Kalau bukan Sabah Sarawak bersama,

Negara Malaysia mungkin tiada di dunia.”

Madius berkata demikian dalam Ucapan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 KPM Peringkat Jawatankuasa di persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.

Bacaan pantun itu turut disambut dengan tepukan gemuruh dalam kalangan ahli dewan rakyat.

Terdahulu, beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, kunci utama kepada kerajaan hari ini terletak kepada perkataan perpaduan.

“Malahan konsep Malaysia Madani itu sendiri adalah bertunjangkan kepada sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian, menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

“Namun demikian, berdasarkan kepada fakta pengambilan PISMP IPG tahun 2023, nampaknya apa yang telah dicanang-canang di seluruh pelusuk negara ini kelihatannya hanya cakap-cakap biasa.

“Tidak ada disenaraikan pengambilan untuk Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Semai di IPG. Adakah ini yang dimaksudkan perpaduan? Adakah ini yang dikatakan sebagai meraikan kepelbagaian,” tegas Madius.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN