31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KDCA Keningau sediakan tapak bagi pembinaan pusat kebudayaan: Robert

Robert menyampaikan watikah pelantikan kepada Mailen Belly

KENINGAU: Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Daerah Keningau bersedia untuk menyediakan tapak bagi pembinaan sebuah pusat kebudayaan di daerah ini.

Menurut Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik , sekiranya kerajaan negeri mempunyai peruntukkan khas untuk pembinaan pusat tersebut ini akan menjadi satu lagi mercu tanda kepada sektor pelancongan kebudayaan di Keningau mahupun negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor itu berkata, terdapat kawasan di Gua Laing dan di kawasan Apin-Apin untuk tujuan pembinaan pusat itu atau diwujudkan perkampungan budaya suku kaum etnik daerah Keningau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Penyelaras KDCA Daerah Keningau bagi sesi 2022-2025 yang berlangsung di Taman Bandukan Riverside Resort.

Seramai 75 orang menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Penyelaras Kadazandusun Cultural Assocation ( KDCA ) pada majlis itu.

Para penerima watikah pelantikan tersebut adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Penyelaras, Majlis Belia ( Youth Council,)Majlis Wanita ( women Council ) dan Majlis Penetua (Eldest Council ).

Beliau
yang juga Naib Pengerusi KDCA Sabah
merangkap Penasihat KDCA Daerah Keningau
turut berharap para ahli KDCA Keningau yang dilantik dapat menggalas tugas dengan sebaik mungkin terutamanya dalam usaha mempromosikan keunikkan kebudayaan suku kaum yang ada di daerah ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Robert menyeru agar golongan belia dapat menyumbang idea, tenaga, masa, bakat serta kemahiran yang ada bagi memartabat KDCA dalam wadah Youth Council.

Katanya, Youth Council KDCA ada bakal pelapis kepada kepimpinan KDCA pada masa akan datang.

Sementara itu ketika berucap dimajlis itu, Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Keningau, Rafie Robert mengharapkan
setiap etnik dalam keahlian KDCA Keningau yang terdiri daripada Dusun GANA dan KUJAU serta suku kaum Murut Nabai perlu bekerjasama bersepakat dan bersatu untuk menonjolkan kepelbagaian kebudayaan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang.

Jelasnya, ini penting agar kebudayaan dan tradisi suku kaum gana kujau nabai dapat diketahui oleh generasi baharu dan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

“Jika kebudayaan suku kaum ini tidak diambil peduli oleh suku kaumnya sendiri, sudah tentu disuatu masa kelak kebudayaan dan amalan tradisi akan dilupakan dan akan hilang dari masyarakat” katanya.

Rafie berharap persatuan persatuan suku kaum yang ada khususnya KDCA dapat mengetengahkan keunikkan kebudayaan masing-masing untuk memartabatkan adat warisan turun menurun selain salah satu produk pelancongan untuk meningkat sosioekonomi ahli dan komuniti setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN