27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kaunter Imigresen Labuan beroperasi semula melalui temu janji

GAMBAR ATAS :Pengarah Jabatan Imigresen Labuan…. Asani Ladjani.


LABUAN: Kaunter Jabatan Imigresen Labuan khususnya  Bahagian Perkhidmatan  Pembaharuan Pasport Antarabangsa  dan Keselamatan Imigeresen di   Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini telah dibuka  semula berdasarkan temu janj.


Manakala di Ibu Pejabat Imigresen Ujana Kewangan, hanya  di Bahagian Visa dan Pas Permit dan  Bahagian Khidmat Ekspatriat serta Bahagian IMM.13 di buka semula bagi tujuan   pembaharuan pas yang berkaitan,

https://www.facebook.com/119785641384962/posts/3476886769008149/


“Ketika ini  khidmat kaunter di UTC hanya dibuka untuk urusan pembaharuan passport antarabangasa berdasarkan temu janji  kepada kakitangan kerajaan yang akan bertugas di luar negara seperti anggota   Malaysia Batalion (MALBAT) dan pekerja anak-anak kapal di sektor minyak dan gas,” kata Pengarah Jabatan itu, Asani Ladjani dalam satu kenyataan media di sini, pada Khamis.


Bagaimanapun katanya, kesemua kaunter itu akan dibuka sepenuhnya apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.


Sementara itu, Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan akan terus menjalankan operasi  Task Force Pemantauan  Prosedur Operasi Standart (SOP)  bersama sama dengan agensi lain sepanjang PKPB  yang diketuai oleh PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Waktu Operasi Jabatan Imigresen Malaysia 8.00 pagi – 5.00 petang setiap Hari Isnin Hingga Jumaat, manakala tutup pada Sabtu dan Ahad termasuk Cuti Umum.

https://m.facebook.com/kainchanteek/photos/a.2164163830503857/2576846819235554/?type=3&source=44


Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai yang berurusan perlu mematuhi Prosedur SOP Norma Baharu dengan mengenakan pelitup muka serta membawa pen sendiri dengan mengamalkan jarak sosial 1 meter.


“Manakala pembayaran Pasport Malaysia Antarabangsa serta perkhidmatan lain hanya diterima secara ePayment menggunakan kad debit ataupun kad kredit” katanya.


Bagi  urusan permohonan pas baharu katanya, temu janji perlu dibuat melalui sistem Online HYPERLINK “https://sto.imi.gov.my” https://sto.imi.gov.my sepanjang tempoh PKP.- Borneo Daily Bulletin


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN