Franklin Kok.
RANAU: Sebanyak lima pasukan akan berentap pada kejohanan Karnival Bolasepak Ex Pai Wen di padang SJK(C) Pai wen di sini pada 24 Ogos,2024 bermula 8.00 pagi.
Perasmian kejohanan akan disempurnakan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin akan dihadiri Guru Besar SJK(C) Pai Wen, Tsen Ting Feng dan para ibu bapa (warga sekolah).
Pengerusi Kelab Bola Sepak Ex Pai Wen yang juga Pengerusi penganjur kejohanan itu, Franklin Kok (gambar) memberitahu, antara pasukan yang akan mengambil bahagian sempena kejohanan tersebut ialah, Pasukan Bongkud FT, Farriz Football Academy Ex Pai Wen, Farriz Academy@Miruru FC dan Sepadu FT, Pinausuk FT.
Menurut Franklin, para pemenang kejohanan akan menerima hadiah berupa Medal dan Tropi.
“Antara objektif kejohanan ialah untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan bola sepak diperingkat kelab, sekaligus memilih pemain berpotensi bagi mewakili kelab ke kejohanan lebih mencabar”, jelas Franklin.
Beliau menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan kejohanan yang julungkali diadakan itu.
           Â