25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jumlah kes kemalangan jalan raya di Sabah tahun 2022 meningkat: Robert

Robert bersalaman dengan salah seorang penunggang motosikal pada kempen itu.

KENINGAU: Jumlah kes kemalangan jalan raya di Sabah tahun lalu meningkat kepada 18,187 kes berbanding 12,950 kes pada 2021.

Daripada jumlah itu, 255 kemalangan maut melibatkan 280 kematian, serta 222 kecederaan parah.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 5,763 kes diikuti Ranau 1,843, Beluran 1,798 dan Tawau 1,616 manakala selebihnya dicatat di lain-lain daerah.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, memberitahu media sempena Kempen Kesedaran Keselamatan Jalanraya Peringkat Daerah Keningau Sempena Hari Natal dan Cuti Persekolahan 2023 di Jalan Bandar Baru Pekan Keningau.

Beliau bagaimanapun berkata, tahun lalu, Daerah Keningau mencatatkan penurunan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

439 kes kemalangan maut dan kecederaan direkodkan di Keningau sepanjang tahun 2022 berbanding 571 kes pada 2021.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN