33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JPBD dan JKN teruskan pengesanan kes aktif COVID 19 di lokaliti setinggan Kampung Saguking

PASANG GELANG….. Rithuan (kiri) memerhatikan petugas Kesihatan memasangkan gelang kepada salah seorang penduduk setinggan Saguking selepas menjalani ujian saringan.

LABUAN: Walaupun Wilayah Persekutuan Labuan hampir bebas daripada jangkitan  Varian Delta, dan COVID 19 namun pasukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah  (JPBD) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Wilayah Persekutuan Labuan masih lagi bekerja keras untuk memastikan Labuan benar benar bebas  daripada wabak COVID 19.

Sehubungan itu, pagi tadi (Sabtu) pasukan JPBD Labuan dan pasukan barisan hadapan JKN Labuan yang masing-masing diketuai oleh Rithuan Ismail dan Dr Ismuni Bohari menyelinap masuk ke kawasan berisiko  di lokaliti setinggan Kampung Saguking bagi mengesan dan mencari kes COVID secara aktif  di kawasan bersasar  sekaligus  megekang  penularan COVID 19 khususnya di kawasan setinggan.

RISIKO….. Rithuan (tengah) bersama Dr Ismuni (kanan sekali) ketika menyelinap masuk ke kawasan setinggan Saguking  mengesan kes aktif COVID 19.

Rithuan berkata, dianggarkan lebih 1,800 ahli keluarga daripada  600 buah rumah di lokaliti berkenaan  akan menjalani ujian  saringan secara berperingkat bermula hari ini (Sabtu)  di bawah program  Ops Bersih memerangi COVID 19.

Beliau berkata, pengesanan kes aktif COVID 19 di lokaliti setinggan Kampung Saguking adalah kesinambungan daripada Ops Bersih COVID 19 yang dilaksanakan  di dua kawasan yang menempatkan pelarian  dan  warga asing di  Kampung Muslim dan Kiansam baru-baru ini.

“Kita akan pastikan kesemua penduduk setinggan di lokaliti Saguking menjalani ujian saringan COVID bagi mengurangkan jumlah kes  harian terus  berkurangan  dengan mengambil langkah yang lebih ketat dan berani” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN