27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jonathan menyantuni 45 Kanak-Kanak Yatim Piatu 

Datuk Jonathan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Hainin mewakili anak-anak RAY diperhatikan yang lain.

RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin telah menyantuni 45 orang Kanak-Kanak Yatim Piatu  tinggal di Rumah Anak Yatim (RAY) Kg.Silad terletak 15 kilometer dari pekan Ranau.

Kunjungan Datuk Jonathan ke RAY itu adalah, untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak berkenaan, turut dihadiri staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Sempena kunjungannya itu, Datuk Jonathan menyampaikan sumbangan RM5,500 (RM100 seorang kepada 45 orang anak dan RM1,000 (satu ribu) lagi untuk RAY manakala RM10 ribu akan disalurkan kepada RAY apabila dana Fasa 2 Parlimen dapat diperoleh tahun ini.

Pengurus RAY, Ustaz Haji Mohd.Hainin @Gentala mewakili RAY merakam penghargaan dan terima kasih atas sumbangan Datuk Jonathan menyantuni anak-anak tidak ‘beribu dan tidak berbapa’ di RAY berkenaan.

“Dengan sumbangan itu sedikit-sebanyak telah membantu meringankan beban anak-anak di sini dan RAY seluruhnya”, jelas Ust.Hainin.

Datuk Jonathan ketika ditemui, mengharapkan kepada anak-anak yang tinggal di Rumah Anak Yatim itu, supaya tidak berasa tersisih dalam masyarakat kerana masih ada yang sayang dengan mereka.

“Jangan berasa tersisih atau terpinggir oleh masyarakat sebab masih ramai insan yang menyayangi mereka”, jelas Datuk Jonathan sambil mengharapkan kepada Ust.Hainin supaya bersabar menghadapi karenah pelbagai anak-anak di bawah jagaan, asuhan dan didikannya itu.

“Berilah mereka kasih sayang, asuhan akhlak yang terbaik, didikan agama serta pendidikan akademik sebaik mungkin bagi membolehkan mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa akan datang”, tambah Datuk Jonathan.

Pada masa yang sama Datuk Jonathan Yasin merakamkan penghargaan kepada Ustaz Haji Mohd Hainin dan pengurusan RAY Kg Silad kerana RAY ini telah ditadbir dengan sangat baik. Tidak lupa beliau memberi ucapan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.

              .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN