ANGKAT SUMPAH...Johney ( kanan) ketika mengangkat sumpah di hadapan Ketua Menteri di PPNS hari ini.
TAMBUNAN: Johney Joanis, mengangkat sumpah sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan hari ini.
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal di pejabatnya di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu.
Selain Johney, dua yang lain turut mengangkat sumpah hari ini. Mereka adalah Nixboy Piunin (Dun Melalap) dan Ahmad Abidin (Dun Balung).
Johney, 37, sebelum ini merupakan Pemaju Mukim, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tambunan.
Beliau dilantik mengisi jawatan itu selepas dikosongkan Basal Datuk Bullah yang bertukar ke UPPM pusat di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis ringkas itu ialah Pengarah UPPM, Haji Abdullah Minun. –Borneo Daily Bulletin.