Joachim (empat dari kanan) bersama barisan kepimpinan Warrior Football Club.
Oleh: MARUTIN ANSIUNG
KENINGAU: Joachim Mathew Manggata dipilih sebagai Presiden Warrior Football Club sesi 2023/2025.
Timbalan Presiden dan Setiausaha masing-masing disandang oleh Henry A/K Unjar dan Arroniegary Patrick Gari.
Sementara itu Penolong Setiausaha dan Bendahari masing-masing dipegang oleh Fadlish Kansuh dan Anthony A/K Maros.
Dua Ahli Jawatankuasanya terdiri dari Paing A/K Dugat dan Damus Mártin.
Menurut Presidenya, Kelab Bolasepak Amatur ini dianggotai oleh kalangan komuniti sekitar daerah Keningau serta dari Tenom, Nabawan dan Tambunan. ï‚·
Katanya, objektif penubuhannya adalah sebagai satu platform mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan para peminat bolasepak sekitar Keningau tanpa mengira bangsa, umur dan agama. ï‚·
“Perancangan tahun ini adalah akan mengadakan Karnival Bolasepak Bawah Umur 15 dan 17 tahun serta Karnival Bolasepak Veteren.
Selain itu katanya Kelab ini turut aktif dalam mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab/pasukan bolasepak samada di dalam mahupun di luar daerah Keningau.
Warrior Football Club ditubuhkan pada 4 Februari 2022 dan daftar ke Pesuruhjaya Sukan Sabah pada 20 Julai 2022 dengan No. Daftar: C-SBH-11928.



