Gambar: SIMBOLIK….Bernice menyerahkan pakej makanan secara simbolik kepada Ansharey (tengah
LABUAN JCI Labuan dengan kerjasama JCI Malaysia Kawasan Sabah, Majlis Belia Sabah dan CARE Labuan telah menghulurkan sumbangan 50 pakej makanan di bawah Projek Dapur Belia 4.0 utuk membantu masyarakat Labuan yang benar-benar terjejas akibat PKP.
Pengerusi Penganjur program, Barnice Chin Langshaw berkata sumbangan berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan untuk urusan pengagihan kepada keluarga yang terjejas dengan PKP.
“Sumbangan berupa keperluan asas dan makanan harian itu sebahagian daripada khidmat masyarakat kami bagi membantu masyarakat yang terjejas akibat lockdown di bawah projek Dapur Belia 4.0” katanya selepas menyerahkan pakej makanan tersebut kepada Pengarah JKM Labuan, Ansherey Matarsad, di sini, pagi Isnin.
Barnice berharap sumbangan itu sedikit sebanyak akan dapat membantu mengurangkan beban keluarga yang terjejas.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya mengambil suntikan Vaksin secara terus yang telah dilaksanakan di beberapa buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di pulau ini.
“ Kami juga merayu kepada warga Labuan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) serta mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian untuk memutuskan rantaian COVID 19” katanya.