Kpl. mohd.Fazriq (kanan) bersama para petugas di SJR1.
OLEH: JAINUDDIN NASIR
RANAU: Jasa dan pengorbanan para petugas pasukan ‘Fronthliners’Â dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka wajar di hormati dan dihargai.
Para petugas berkenaan seperti kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan banyak lagi menjalankan tugas mereka dengan jujur tanpa mengira masa bertugas samada cuaca panas, hujan, malam atau siang semata- mata untuk sama-sama melindungi keselamatan rakyat.
Sebagai contoh mereka yang bertugas di Sekatan Rentas Daerah (SRD) di tiga lokasi berlainan di daerah Ranau berjalan lancar mengikut arahan yang ditetapkan yang dikendalikan para petugas pasukan Barisan Hadapan.
Tiga lokasi itu melibatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) 1 di Tanah Merah jalan Ranau-Telupid, SJR 2 antara Ranau-Tamparuli di jalan Tinompok Taman Kinabalu dan SJR3 antara Ranau-Tambunan di Jalan Randagong.
Kesemua tiga lokasi SJR itu yang mula beroperasi sejak 24 Mei dijangka berakhir 7Jun, mempastikan tidak ada individu atau kumpulan yang cuba merentas daerah sesuka hati tanpa dokumen sah atau kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tinjauan penulis ke tiga lokasi SJR itu, mendapati orang ramai semuanya ada mematuhi SOP dan memiliki dokumen sah seperti yang diperlukan. untuk rentas daerah.
“Kita patut menghargai komitmen para petugas Fronthliners kerana membntu melaksanakan undang-undang serta peraturan terutama ketika ini untuk mengekang penularan pandemik -19”, jelas Jovinah dari Malinsau Ranau yang turut memuji komitmen para petugas Fronthliner.
Di SJR1, penulis sempat merakam gambar para anggota PDRM, SPDRM dan anggota Rela petugas diketuai, Kpl.Fazriq Abullah selaku Ketua Unit kumpulan petugas dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
            Â