25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JaPen Labuan raikan pengamal Media

GAMBAR: SIJIL….Ab Rasil menyampaikan sijil penghargaan kepada Noor Afatizah.

LABUAN: Jabatan Penerangan  (JaPen) Wilayah Persekutuan Labuan  telah meraikan  pengamal media  yang bernaung di  bawah Persatuan Penggiat Media Labuan yang diadakan di salah sebuah hotel dekat sini, pada Khamis.

Pengarah JaPen Wilayah Persekutuan Labuan ketika berucap pada majlis itu  merakamkan penghargaan di atas kerjasama dan sumbangan para pengamal media tempatan yang bersama sama membantu menyebarluaskan pelbagai maklumat  yang sahih lagi telus terutamanya  maklumat berkaitan dasar serta inisiatif  kerajaan.

“Saya berharap kerjasama  yang baik ini akan dapat diteruskan di masa masa akan datang bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang sahih dengan lebih pantas sepertimana yang disarankan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa” katanya.

Sempena majlis itu, beliau turut berkongsi maklumat mengenai usaha kerajaan untuk menubuhkan Komuniti Keluarga Malaysia yang bakal dilancarkan selewatnya tahun hadapan.

Beliau berkata, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) ialah sebuah badan sukarela pelbagai kaum yang  ditubuhkan bagi memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan untuk merealisasikan konsep Keluarga Malaysia.

“Komuniti Keluarga Malaysia berkonsepkan gerakan sukarela komuniti sebagai rakan strategik untuk memasarkan maklumat kenegaraan dan perpaduan serta dasar kerajaan,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin,  Setiausaha Persatuan Penggiat Media Labuan, Noor Afatizah Sabtu  dan Bendahari persatuan, Ramlen Salleh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN