27.7 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jambatan gantung Kg Maringkan siap dibina semula melalui peruntukan MP

Jonathan (kanan) memotong riben sebagai simbolik Pembukaan jambatan gantung yang siap dibaiki itu

RANAU: Ratusan penduduk di Kg. Maringkan dan kampung-kampung sekitar menarik nafas lega selepas jambatan gantung yang rosak akhirnya siap dibina semula melalui peruntukan Ahli Parlimen, Datuk Jonathan Yasin.

Semasa merasmikan Pembukaan jambatan gantung tersebut di sini baru-baru ini, Jonathan berkata dana unutk pembinaan atau pembaikan jambatan itu dikeluarkan setelah melihat ia merupakan suatu Keperluan yang begitu mendesak.

“Sebenarnya perasmian projek kali ini adalah pembaikan kerana tiangnya masih merupakan tiang yang asal, cuma bahan yang lain-lain digantikan yang baharu dan memang melibatkan kos yang agak besar,” katanya.

Semasa memikirkan tentang pembinaan jambatan ini, katanya, banyak pertimbangan yang perlu dibuat kerana jika memberikan peruntukan yang besar, bererti banyak kampung lain yang tidak akan mendapat peruntukan apa-apa.

“Tetapi memandangkan hal ini mendesak dan segala perkara telah ditimbang, tambahan pula ia memang merupakan keperluan utama kampung, maka akhirnya keputusan dibuat untuk menggunakan peruntukan MP untuk tujuan pembaikan jambatan ini,” kata beliau.

Dengan pembaikan jambatan ini, Jonathan berkata, ia membolehkan penduduk kampung untuk masuk ke kebun dan balik ke rumah masing-masing selepas satu jangkamasa kerosakan telah berlaku dan perlu dibaiki.

Disamping itu sebelum ini, Kg. Maringkan ini, projek pembinaan bangunan tadika, pendawaian eletrik dewan, graviti air, tagal, dan beberapa bantuan-bantuan lain telah diusahakan.

“Bagi permohonan-permohonan lain yang masih tertangguh kita berharap para penduduk dan pemimpin kampung tetap bersabar kerana permohonan dari seluruh kampung-kampung lain juga perlu diberi perhatian”.

“Berkenaan jalanraya sepanjang 18 kilometer di sini daripada simpang utama sehingga ke kawasan tagal Kg. Meringkan, saya juga ada minta kepada JKR supaya ianya dimasukkan di dalam selenggeraan MARRIS untuk pembubuhan batu dan penyelenggaraan jalan.

“Ini adalah antara jalan-jalan yang saya sudah minta JKR masukkan dalam senarai MARIS.

Jalan lain termasuk jalan ke Mangkapoh dan Tinaum, supaya jalan-jalan ini mendapat penyelenggaraan berterusan,” katanya.

Tambah Jonathan, dari masa ke masa beliau juga akan usahakan supaya jalan-jalan ini dinaiktaraf, tapi sehingga masa itu, beliau berharap jalan-jalan ini diselenggara dengan baik supaya penduduk sentiasa medapat akses ke kawasan kebun mereka dengan lebih mudah dan cepat.

“Walaupun demikian kita meminta untuk para penduduk terus bersabar kerana permohonan juga mengikut giliran dan banyak juga permohonan yang telah dihantar tahun lalu yang memerlukan kelulusan,” katanya.

“Kita tidak akan putus asa untuk mengejar Peruntukan dari pihak atasan, walaupun perlu berjumpa dengan Ketua Menteri atau Perdana Menteri, dan menunggu berapa lama sekalipun untuk mendapat dana yang diperlukan dalam menangani permasalahan penduduk kampung.

“Untuk kita di Ranau, saya berharap bahawa kita akan dapat membawa pembangunan yang lebih rancak di daerah ini untuk kemajuan rakyat.

Dalam majlis itu, Jonathan meluluskan Peruntukan sebanyak RM8,000 untuk kegunaan persatuan wanita di kampung tersebut.

Turut hadir, Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung serta mantan-mantan pemimpin kampung, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen, Benedict Gunda, Naib Ketua Bahagian PGRS DUN Paginatan, Jaibi Dualis, Naib Ketua Bahagian PGRS DUN Kundasang, Majus Munsing, Ketua Unit Kesejahteraan Parlimen Ranau, Ivan Mario dan lain-lain.











ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN