Turut serta dalam Bengkel tersebut adalah Datin Dr. Hajah Rosinah Binti Edinin, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent dan Encik James Geofferrey W. Molijoh, Penyelaras Bengkel.
TUARAN 23 April 2021 – Jabatan Bahasa Kadazandusun, IPG Kampus Kent telah berjaya melaksanakan Bengkel Kemahiran Bahasa dan Apresiasi Budaya Moginakan selama dua hari pada 22 & 23 April 2021.
Bengkel dua hari itu telah dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Kent, Dr. Hajah Rosmawati Binti Hamzah.
Bengkel tersebut diadakan untuk mencapai tiga objektif Utama iaitu meningkatkan kemahiran bahasa melalui aktiviti Bengkel hands on kamus Kadazandudun-Melayu-English (KDME), melestarikan budaya Moginakan di kalangan masyarakat Kadazan Dusun IPG Kampus Kent dan memertabatkan peranan Jabatan Bahasa Kadazandusun sebagai Tier 1 Bidang Bahasa Kadazandusun.
Linah menyampaikan cenderahati kepada Tindarama Dr. Benedict Topin sambil diperhatikn oleh James G.W. Molijoh.
Seramai tujuh orang pensyarah Bahasa Kadazandusun, 33 orang guru pelatih major Bahasa Kadazandusun dan tujuh orang staf sokongan telah menyertai kursus tersebut.
Penceramah dan Fasilitator bengkel ialah Puan Rita Lasimbang, Ketua Pegawai Eksekutif Kadazandusun Language Foundation (KLF) untuk sesi Bengkel Kemahiran Bahasa dan Tindarama Pengarah Hal Ehwal Anak Negeri Sabah untuk Sesi Apresiasi Budaya Moginakan Dr. Benedict Topin.
Dr. Hajah Rosmawati binti Hamzah menerima cenderahati daripada Puan Rita Lasimbang.
Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun, Puan Linah Bagu menjelaskan bahawa maklum balas peserta menyatakan bahawa Bahasa Bengkel ini telah berjaya memberi nilai tambah mereka dalam aspek penggunaan KDME dan juga memberi kefahaman yang jelas tentang konsep dan nilai-nilai murni dalam amalan Moginakan masyarakat Kadazan Dusun yang telah diwarisi sejak turun temurun daripada nenek moyang mereka.
Penganjuran Bengkel ini juga bertepatan dengan Transformasi IPGM Gelombang Ketiga 2021 di samping melestarikan bahasa etnik yang menjadi lambang ketamadunan bangsa masyarakat Kadazan Dusun.