27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Inisiatif kepimpinan Kg.Narawang membendung Covid-19 dipuji

Sainin (dua kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Hanty diperhatikan yang lain.

RANAU: Kepimpinan peringkat Kg.Narawang di sini dipuji kerana bersungguh-sungguh  menyahut seruan kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dalam  mengambil inisiatif membendung  penularan Covid-19 di kampung berkenaan.

Penyelia Kemajuan Masyarakat pejabat UPPM N.38 Paginatan, Sainin Hamid@Onit berkata,  keikhlasan para sukarelawan Kg.Narawang yang majoritinya golongan belia menjalankan tugas mengawal penularanCovid-19 amat disanjung tinggi dan dihargai.

“Kita juga berterima kasih atas sokongan dan kerjasama penduduk Kg.Narawang bukan sahaja menyokong pelbagai usaha para belia malah memberikan sumbangan  dalam bentuk tenaga dan moral menjayakan program yang dilaksana bagi membendung serta memutuskan jangkitan Covid-19”,jelas Sainin ketika berucap pada Majlis Penghargaan kepada Sukarelawan Kawalan Covid-19 Kg.Narawang Ranau  yang diadakan di Dewan Mini kampung berkenaan baru-baru ini.

Beliau menyarankan  agar penduduk meneruskan segala usaha yang baik itu dengan pembentukan  Jawatankuasa Khas pengawalan  Covid-19 yang memberi fokus kepada pematuhan SOP di kawasan kejiranan kampung mengikut blok perumahan sebagai benteng daripada penularan pandemik  itu yang kini belum berakhir.

Para penerima Sijil.Penghargaan merakam gambar kenangan bersama  Sainin (duduk dua dari kiri) selepas majlis.

“Saya juga mengharapkan kerjasama penduduk untuk terus mematuhi SOP dikalangan penduduk dan kampung-kampung sekitar dan melaporkan  kepada pihak jabatan berkenaan jika sekiranya terdapat pelanggaran SOP yang ditetapkan kerajaan”, tambah Sainin.

Terdahulu Pengerusi JPKK Kg.Narawang, Nuvin@Nuin Yansun dalam ucapanya, berterima kasih atas kehadiran Sainin ke majlis itu seterusnya menyampaikan  Sijil Peghargaan kepada 20 orang Sukarelawan petingkat Kg.Narawang.

“Kita ucapan tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi Biro Keselamatan dan Kesihatatan  kampung di sini, Hanty@Suan Jahilin yang memberikan komitmen  sebagai penggerak utama mengetuai pelbagai program serta sumbangan dalam menjayakan program kawalan Covid-19 Kg.Narawang”, jelasnya.

Turut hadir dan berucap ialah, Ketua Kampung Narawang, KK Nohar @Idris Mesipo.

                  

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN