Ibu Tergamak Buang Anak Sendiri Berusia 2 Tahun Kerana Suami Baru Tidak Suka

Home Luar Negara Ibu Tergamak Buang Anak Sendiri Berusia 2 Tahun Kerana Suami Baru Tidak Suka
Ibu Tergamak Buang Anak Sendiri Berusia 2 Tahun Kerana Suami Baru Tidak Suka

Anak adalah anugerah daripada Maha Pencipta kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun kebelakangan ini kes buang anak bukanlah masalah baru dalam kalangan masyarakat.

Sebaik sahaja melahirkan, maka ibu ayahlah bertanggungjawab sepenuhnya untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang serta menyediakan pelbagai keperluan harian mereka.


Kisah ibu buang anak kandung yang masih kecil

Siapa sangka disebabkan suami baharu, ada ibu yang tergamak mendera dan buang anak tanpa belas kasihan.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pekerja sosial dari negara seberang, Thailand, dia telah berkongsi kisah seorang kanak-kanak telah dihalau oleh ibu kandungnya sendiri.

Dia bertindak sedemikian kerana tidak mahu anak malang tersebut menganggu kehidupan baru mereka berdua.

Paling menyedihkan lagi, kanak-kanak berkenaan telah ditinggalkan di hadapan pusat kebajikan dan diminta menekan loceng pagar pusat berkenaan sebelum dia beredar menaiki sebuah motorsikal.

Anak kecil berkenaan turut dilihat membawa bersamanya satu beg plastik pakaian, patung permainan dan sekeping surat yang ditulis oleh ibunya. Melalui penulisan dalam surat tersebut, ibunya mengatakan bahawa tida mampu membesarkan budak berkenaan.

Kehidupan mereka miskin dan suami barunya pula tidak dapat menerima kanak-kanak itu sebagai anak tiri.

Terdapat banyak kesan cedera
Memandangkan kanak-kanak itu telah datang ke pusat kebajikan, pihak mereka telah membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana terdapat banyak kesan kecederaan di seluruh badannya.

Besar kemungkinan kanak-kanak tersebut telah didera oleh ibu ayahnya, jelas kelihatan parut dan kesan lebam di banyak tempat anggota tubuhnya.

Setakat ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai kes buang anak oleh ibu kandungnya.

Kanak-kanak tersebut juga sedang menerima rawatan bagi menyembuhkan kecederaan yang dihadapi. 

Tips memilih pasangan baru bagi single mom
Kegagalan hubungan pada masa lalu memberikan kenangan pahit, mana tidaknya anda ditemukan oleh insan yang tidak tepat. Ia mungkin memerlukan masa untuk bangkit kembali dan sememangnya tidak mudah mencari pengganti baru.

Ketika keinginan tersebut hadir, lakukanlah beberapa penilaian terlebih dahulu agar ”pisang tidak berbuah dua kali” dengan cara ini:

#1. Kaji semula masa lalu

Masa lalu merupakan pengalaman yang mengajar anda tentang kehidupan, dengannya anda boleh memperbetulkan kesalahan masa lalu tanpa perlu mengulanginya sekali lagi.

Sebelum membuat keputusan memilih pengganti, lihatlah apa yang dapat anda bawa ke dalam hubungan baru.

Menghargai diri sendiri dan orang sekeliling membantu anda bersikap lebih jujur tentang perasaan.

Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memulakan sesuatu hubungan yang sihat dan mencapai kebahagian hidup dengan pasangan baru.

2. Hubungan itu membawa kebahagiaan bukan kesedihan

Mencari pasangan yang bersedia menerima diri anda yang sudah mempunyai anak bukanlah perkara yang mudah, sesungguhnya ia memerlukan kesabaran yang kuat diri sendiri.

Justeru, elak meletakkan syarat atau kriteria yang terlalu berat dalam mencari pasangan, anda perlulah memastikan  dia adalah seorang lelaki boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menerima anak-anak tiri seadanya.

#3. Berhenti mengharapkan apa-apa

Bagi pasangan yang baru dalam proses perkenalan, pastinya akan bertemu untuk berbual dan menjamu selera di restoran. Ia adalah perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana pasangan lain yang sedang hangat dilamun cinta.

Hal yang perlu anda ingat adalah setiap perhubungan pada awalnya sememangnya sangat indah. Tetapi realitinya tidak akan sama dengan kehidupan selepas berkahwin dan tidur sebantal.

Justeru, jangan meletakkan sebarang harapan pada bakal suami anda kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya pada kemudian hari. Anda perlulah menghargai insan yang hadir dalam hidup seadanya kerana tiada manusia di dunia ini adalah sempurna.

Usahlah terlalu fokus akan kelemahan diri dan sebaiknya lihat usaha dia untuk mendapatkan anda dengan cara yang baik. Jika masih buntu, anda boleh mencuba aktiviti baru bersamanya dengan mendaki gunung atau mengikuti kursus latihan. Langkah ini sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih mengenali dirinya.

Sumber: Borak Daily, Liputan6

Kredit foto: Google Images

Artikal asal: Ibu Sanggup Buang Anak Yang Baru Berusia 2 Tahun Kerana Suami Baru Tidak Suka

https://my.theasianparent.com/buang-anak

facebook sharing button
twitter sharing button
whatsapp sharing button

sharethis sharing button
facebook sharing button
twitter sharing button
whatsapp sharing button
sharethis sharing button
whatsapp sharing button
facebook sharing button
telegram sharing button