BASHIR (dua kiri) menyerahkan secara simbolik insentif pertanian komuniti berkumpulan dari Komuniti Perumahan Taman Mutiara sambil diperhatikan Mohd Jurihj (kiri) dan Mohd Dzulfaizal (kanan)
LABUAN: Seramai 260 petani dan 16 petani berkumpulan (komuniti) menerima Insentif Pertanian Bandar berjumlah keseluruhan RM300,000 dibawag peruntukan PENJANA Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Majlis penyerahan insentif berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias yang diadakan di Taman Pertanian Kilan, pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Jurijh Abdullah Fauzi dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

SEBAHAGAIAN petani yang menerima insentif petanian bandar bergambar kenangan bersamja Bashir (beridiri empat dari kanan), Mohd Jurijh (berdiri tiga dari kiri) dan Mohd Dzulfaizal (berdiri tiga dari kanan)
Bashir ketika di temui media pada majlis itu berkata, pelaksanaan Projek Pertanian Bandar bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID 19.
“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyasarkan peruntukan sebanyak RM10 juta di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.
Beliau yang juga Pengerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan berterima kasih kepada kerajaan yang telah menyalurkan bantuan PENJANA sebanyak RM300,000 kepada Jabatan Pertanian Labuan untuk diagihkan kepada petani yang menyertai program Petani Bandar.
Sementara itu, Mohd Jurijh berkata, projek Pertanian Bandar antara lain bertujuan mewujudkan aktiviti pertanian untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat di makan.
Dalam waktu yang sama dapat mewujudkan peluang pekerjaaan serta pengurangan kos sara hidup disamping mewujudkan interaksi sosial dan kelestarian alam sekitar.