Anggota bomba ketika mengeluarkan pemandu yang tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda.
LABUAN: Seorang lelaki mengalami kecedraan dan tidak sedarkan diri selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok di Jalan Sungai Pagar, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.52 petang itu, pemandu yang dikenali sebagai Hanif Asyraf Sunarto dilaporkan tersepit di bahagian hadapan dan tidak sedarkan diri sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
Bagaimanapun dua lagi rakannya masing masing Muhammad Redzuan Matdani dan Ahmad Nur Asmany Sinin hanya mengalami cedera ringan dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Layangan bergegas ketempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit
menggunakan peralatan khas.
Ketiga tiga mereka yang berumur 18 tahun itu diserahkan kepada pegawai perubatan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.



