27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ibu bapa SMK.Kundasang kecewa kelewatan KPM membina sekolah baharu.

“Kalau tapak lama ini, tidak lagi sesuai untuk bangunan sekolah, bagus robohkan semua bangunan yang ada, untuk dijadikan tapak Klinik Kundasang, Balai Polis dan balai Bomba dan Penyelamat Kundasang.”

-Penduduk Kundasang-

Oleh: SALWAH ARAMAT

KUNDASANG : Ibu bapa dan pelajar SMK.Kundasang agak kecewa kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lewat membina bangunan sekolah baharu.


Penduduk Kundasang sudah bersabar selama 7 tahun menanti pembinaan sekolah baharu, namun belum ada realitinya, sedangkan sudah lama diwar-warkan akan dibina dengan kos peruntukan RM43 juta di Masilou terletak kira-kira 15 kilometer dari tapak bangunan asal SMK.Kundasang yang kini dikatakan tidak selamat dengan alasan tanah berkenaan kawasan tanah mudah berlaku gelenciran.

SMK Kundasang selepas 7 tahun ditinggalkan


“Kalau tapak lama ini, tidak lagi sesuai untuk bangunan sekolah, bagus robohkan semua bangunan yang ada, untuk dijadikan tapak Klinik Kundasang, Balai Polis dan balai Bomba dan Penyelamat Kundasang.


“Bukan dibiarkan begitu sahaja bangunan atas nama pendidikan itu yang sudah sekian lama menanti untuk roboh sendiri”, kata salah seorang ibu bapa yang enggan namanya disiarkan, yang anaknya antara ratusan pelajar terlibat yang ditempatkan sementara di bangunan lama SMK Agama Ranau.

Sebahagian bangunan SMK Kundasang


Ramai ibu bapa menyatakan ketidakmampuan menghantar anak mereka belajar ke SMK Agama lama yang kini dijadikan SMK.Kundasang (sementara), kerana kosnya mececah RM180 sebulan (seorang anak) untuk menyewa kenderaan berulang alik ke Kundasang.

Mereka juga kecewa kerana tidak dapat berdialog dengan rombongan dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai Setiausaha Bahagian Kewangan KPM, Ramzi Bin Mansur yang turut diiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Dr.Mistirine Radin dan Pegawai Jabatan Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing yang mengadakan tinjauan ke lokasi tapak bangunan lama SMK.Kundasang, tapak baharu yang dicadangkan bangunan baharu SMK.Kundasang di Mosilou dan SMK.Kundasang (sementara) yang ditempatkan di bangunan lama SMK.Agama dekan pekan Ranau.

Bekas Flat Guru SMK Kundasang


Bagaimanapun lawatan pihak KPM itu tiada kaitan dengan tindakan lebih 300 orang ibu bapa yang telah mengadakan Perhimpunan Aman sebelumnya, mendesak pihak KPM membina sekolah baharu (SMK.Kundasang).


Selepas lawatan itu, telah diadakan satu ‘Taklimat Khas Tertutup’, yang turut tidak membenarkan pihak Media masuk untuk membuat liputan.-T A M A T-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN