26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hospital Koronavirus Di China Siap 10 Hari, Dibuka Hari Ini

Usaha membina bangunan tersebut telah melibatkan lebih 500 orang pekerja dan berdozen jentera berat yang berkerja setiap hari.

HOSPITAL koronavirus pertama di China akhirnya dibuka pada hari ini di sebuah bandar berhampiran Wuhan.

Menurut laporan media tempatan, kumpulan pertama pesakit koronavirus telah dipindahkan ke Pusat Perubatan Serantau Daibie Mountain sekitar jam 10.30 malam tadi waktu tempatan.

Projek berkenaan selesai dalam masa hanya beberapa hari atas usaha pelbagai pihak seperti firma pembinaan, syarikat utiliti, dan pegawai polis paramiliter.

Bangunan hospital di daerah Haungzhou asalnya dibina sebagai cawangan baru kepada Hospital Pusat Huanggang dan dijangka dibuka pada bulan Mei.

Namun, pada hari Jumaat, pihak berkuasa mengarahkan agar bangunan tersebut digunakan untuk merawat pesakit koronavirus sahaja Usaha membina bangunan tersebut telah melibatkan lebih 500 orang pekerja dan berdozen jentera berat yang berkerja setiap hari.

Koronavirus telah membunuh sekurang-kurangnya 131 orang di China dan hampir 6000 orang yang terjejas di seluruh dunia. Walaupun hospital koronavirus Huanggang adalah yang pertama dibuka, namun ianya bukanlah yang pertama dirancang.

Pada Khamis lepas, kerajaan tempatan telah mengumumkan bahawa mereka akan membina hospital untuk menempatkan pesakit virus ini. Bangunan ini dibina berdasarkan model pusat perubatan di Beijing ketika wabak SARS menyerang pada tahun 2003.

Koronavirus telah membunuh sekurang-kurangnya 131 orang di China dan hampir 6000 orang yang terjejas di seluruh dunia. Walaupun hospital koronavirus Huanggang adalah yang pertama dibuka, namun ianya bukanlah yang pertama dirancang.

Pada Khamis lepas, kerajaan tempatan telah mengumumkan bahawa mereka akan membina hospital untuk menempatkan pesakit virus ini. Bangunan ini dibina berdasarkan model pusat perubatan di Beijing ketika wabak SARS menyerang pada tahun 2003 –Sumber Daily Mail

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN