25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hayati sepenuhnya tema rasmi “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi” : James Ratib

GIMIK PERASMIAN….James memalu gong sebagai gimik perasmian Kaamatan Paitan 2022 sambil disaksikan tetamu yang lain

PAITAN: Rakyat perlu menghayati sepenuhnya tema rasmi “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi” agar semangat cintakan alam sekitar dapat dipupuk termasuk menjadikan pertanian sebagai salah satu sumber ekonomi utama.

Menegaskan perkara itu, Datuk James Ratib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut berkata, pesta kaamatan amat signifikan dengan sikap menghormati semangat alam semulajadi khasnya mensyukuri hasil pertanian yang diperolehi oleh rakyat.

“Penghayatan tema sambutan pesta kamaatan amat penting untuk dihayati seluruh rakyat. Alam semulajadi perlu dihormati disamping menjadikan kesuburan alam sebagai potensi pertanian untuk meningkatkan ekonomi”. Katanya.

James menerima cenderamata disampaikan Pengerusi Penganjur

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Paitan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kecil Paitan pada Ahad.

Dalam masa sama, James yang juga Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan I Negeri Sabah berkata, Daerah Kecil Paitan masih memerlukan pembangunan berterusan yang sewajarnya dan menerusi sambutan perayaan itu ia akan dapat mengangkat nama Paitan ke peringkat atasan untuk diketahui kekurangannya.

Tegasnya, pertandingan Unduk Ngadau (UN) yang dianjurkan adalah suatu langkah untuk mencari duta kecil Paitan agar semua pihak dapat mengetahui terdapat insan berpotensi keluaran daerah terpencil itu.

“Walaupun kami antara daerah kecil yang agak jauh di pedalaman, namun dengan adanya pemenang pertandingan Unduk Ngadau dari kawasan ini, ia sekaligus menjadi duta kecil kepada kami untuk mempromosikan kawasan Paitan”. Katanya yang sekaligus mendapat tepukan gemuruh hadirin.

James dan tetamu lain melawat rumah-rumah/pondok tradisi

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan, Joe Joloning Majambu dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Penganjur yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya, semangat kerjasama yang ditunjukkan membolehkan penganjuran Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Paitan diadakan dalam suasana meriah dan mendapat sambutan masyarakat setempat serta tetamu jemputan lain.

Pelbagai acara menarik diadakan sempena majlis itu antaranya pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi Kaamatan, Sukan Rakyat serta persembahan nyanyian dari artis jemputan terkenal seperti Elica Paujin, Rosario Bianis, Jimmy Palikat, George Lian, Debra Sia dan Francis Landong.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telupid, Jonnybone J.Kurum, Walter Kenson, Pegawai Daerah Keningau, Alexander Yong, Pegawai Daerah Kota Marudu, Supt.Kasim Muda, Ketua Polis Daerah Beluran dan Jalil Atang, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Dun Sugut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN