25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hari Seniman Negara peringkat Labuan disambut sederhana

DIRAIKAN…sebahagian penggiat dan karyawan seni yang diraikan pada malam tersebut.

LABUAN: Walaupun sambutan Hari Seniman Negara peringkat Labuan disambut secara sederhana, namun ia berjaya mengabungkan   beberapa  karyawan dan penggiat  seni  yang aktif  di pulau ini untuk diraikan.

Program  yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan hasil kerjasama FINAS  itu telah diadakan di salah sebuah hotel di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Abdul Rasil Hajatil ketika berucap berkata, sambutan yang diadakan serentak di seluruh negara  adalah bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee  yang antara lain bertujuan untuk memperingati jasa dan sumbangan seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

“Sambutan tersebut juga  merupakan salah satu landasan  untuk memperkukuhkan peranan  karyawan seni selain memberikan penghargaan kepada penggiat seni khususnya yang terdapat di pulau ini” katanya.

Antara penggiat seni yang diraikan pada malam itu termasuklah Persatuan  Seni Visual Labuan (LAVISTA), Persatuan Labuan In Picture dan kumpulan muzik Perigi Band.

Selain diraikan mereka turut menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Abdul Rasil.

Hadir sama, Pengerusi LAVISTA, Azize Mohd Yuoph dan Pengerusi Persatuan Labuan in Picture, Muqtadir Abdul Halim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN