31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hari Sabah Diwartakan: Sejarah Baru bagi Sabah

Razzidin Robert

KOTA KINABALU: Keputusan pengisytiharan 31 Ogos sebagai Hari Sabah diraikan sebagai pengiktirafan kepada perjuangan dan keazaman yang telah membuahkan hasil untuk negeri ini.

Timbalan Ketua Exco Wiramuda STARSabah Razzidin Robert berkata, pengisytiharan tersebut menandakan bahawa Sabah memasuki babak baru dalam sejarahnya.

“Salah satu perjuangan yang memainkan peranan penting dalam pencapaian ini
adalah dari Presiden STARSabah YB DSP Dr Jeffrey Kitingan.

“Beliau telah bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak dan kedaulatan Sabah, dan hari ini, usahanya terbayar dengan pengisytiharan ini,” katanya.

Razzidin yang juga Ahli Dewan Belia Sabah N40 Bingkor, menunjukkan perasaan
terharu terhadap pengezetkan dan pewartaan ini.

Beliau mengungkapkan kegembiraan dan penghargaan kepada semua rakan seperjuangan yang telah bersama-sama tekad berjuang demi kemerdekaan Sabah.

“Tarikh 31 Ogos ini akan terus menjadi sejarah penting dalam aktiviti Kerajaan Sabah setiap tahun. Ia adalah pengiktirafan kepada kesungguhan kita semua untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negeri ini,” kata Razzidin dalam satu kenyataan di sini pada hari Sabtu.

Tambah beliau, Hari Sabah bukan sekadar suatu tarikh dalam kalendar, tetapi ia melambangkan semangat dan semangat juang bangsa Sabah untuk terus maju ke hadapan.

“Tahniah kepada semua rakan perjuangan yang telah menyumbang kepada
kejayaan ini!

“Sabah, dengan segala keunikan dan kepelbagaian budayanya, kini memasuki
fasa baru dengan lebih keyakinan dan determinasi.

“Hari ini, kita merayakan kejayaan, dan esok, kita bersama-sama meneruskan perjuangan untuk kegemilangan Sabah!” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN