27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Haji Yazid: Semoga tahun baharu  2022 akan lebih bermakna.

KENINGAU:Pengerusi Penaja, Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles (gambar) berharap kehadiran tahun baharu  2022 akan menjadi lebih bermakna sebagai pendorong semangat dan azam baru  kepada seluruh rakyat Sabah khususnya di kawasan Bingkor.

“Semoga kita bersama-sama dapat terus berusaha meningkatkan kualti kehidupan sebagai satu masyarakat yang bersatu dan juga mendorong diri untuk mengecapi kejayaan yang lebih tinggi demi terus mengharumkan nama Persatuan Kebajikan Masuarakat Bingkor  dan bangsa yang bernaung dibawahnya” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2022.

Haji Yazid amat yakin untuk tahun baharu ini kejayaan yang lebih berimpak tinggi akan dapat dicapai melalui semangat bersatu dan rasa cinta terhadap negeri kelahiran.

“Justeru itu marilah bersama-sama  mengambil iktibar dari pengalaman memerangi penularan pandemik, zahir sebagai kesan tahun 2020 – 2021, yang telah mematangkan kita dan juga telah membawa anjakan drastik kepada cara kita bekerja dalam kehidupan norma baharu.

Semestinya pencapaian yang kita kecapi bersama pada tahun 2021 menjadi pengukur dan bukti bahawa perjuangan  cekal menghadapi dugaan dan boleh mengatasi segala cabaran yang dilontarkan sekiranya kita bersama-sama berganding bahu dan berusaha mencari jalan keluar dari terbelenggu oleh rintangan dan kekangan keadaan” ujarnya.

Menurut Haji Yazid Tahun 2022 telah bermula dengan amat istimewa buat dirinya kerana inilah langkah awal bagi persatuan ini untuk memulakan fungsinya sebagai sebuah NGO bagi mengalas harapan dan tanggungjawab memartabatkan bangsa yang bernaung didalamnya.

Semoga dengan azam baharu tahun 2022 katanya, Persatuan dapat mengecapi budaya  berimpak tinggi yang dibentuk atas nilai insan yang berbudiman, berakhlak mulia, berilmu tinggi, dan bersemangat dinamik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN