BERI PESANAN DAN MOTIVASI…Datuk Jonathan (tengah) bersama sebahagian Wanita PDM Karanaan yang hadir.
RANAU: Para wanita disaran agar bijak merancang dan membuat pelan tidakan masa depan yang boleh membuahkan hasil atau keberkesanan usaha sama ada untuk kebaikan keluarga ataupun komuniti.
Timbalan Menteri dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, kesungguhan serta kebijaksanaan para wanita sama ada melalui persatuan atau organisasi boleh membawa banyak faedah jika dibuat secara bersungguh-sungguh dan dengan kerja bersepadu menerusi bantuan dan sokongan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan agensi yang lain.
“Apapun yang kita usahakan memerlukan kesungguhan, kebijaksanaan dan komitment yang terbaik daripada kita untuk maju”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada Mesyuarat Pusat Daerah Menggundi (PDM) Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan di Dewan Mesyuarat Pusat Khidmat Rakyat. Parlimen Ranau tadi pagi pagi (11 Disember).
Jonathan menyatakan kesediaannya untuk membantu para wanita untuk maju ke hadapan dengan usaha-usaha atau projek secara kecil-kecilan sebagai asas serta landasan untuk maju lebih cemerlang pada masa akan datang.
Beliau seterusnya menyeru para wanita yang bertugas di PDM supaya dapat menyelaras tugas tugasan masing-masing sebaik mungkin terutama apabila menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Parlimen tidak lama lagi.
“Tugas anda semua adalah amat penting bagi menentukan kejayaan berpihak kepada kita”, tegas Datuk Jonathan yang seterusnya ke Program JPKK Kg.Tiang Lama, Santai Bersama Pengundi Luar PDM Tungou di Dewan Kumawanan Tambunan dan ke Majlis Santai Bersama penduduk Kg.Mumpait Ranau.