Gagal patuhi SOP, pemilik pusat hiburan bistro dan 69 pengunjung dikompaun

Gagal patuhi SOP, pemilik pusat hiburan bistro dan 69 pengunjung dikompaun

LABUAN: Pemilik sebuah premis pusat hiburan bistro  cafe di Pekan Jati bersama 69 pengunjung   telah dikenakan kompaun kerana mengabaikan penjarakan fizikal ketika berhibur di pusat itu.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Ahmad Jawila (gambar) berkata, kesemua 69 individu yang terdiri daripada 43 orang lelaki dan 26 orang wanita berusia antara 20 hingga 42 tahun dikompaun RM1,500 setiap seorang manakala, pemiliknya dikompaun RM25,000.

“Kesemua mereka dikenakan kompaun dalam satu operasi yang dijalankan oleh anggota polis kira-kira jam 1 pagi pada Ahad.

“Jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan bernilai RM127,000” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Selasa.

Ahmad berkata, kesemua  individu berkenaan  itu dikompaun   kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN) di bawah Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi Prodesur Operasi Standart (SOP)  Perintah  Kawalan Pergerakan, PPN fasa 4 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).