Para pelajar dipimpin oleh Rhowell membuat persembahan vocal yang memukau dalam majlis itu
TUARAN: Dalam suasana yang penuh gemilang dan emosional, Konsert Tahunan ke-13 anjuran Fortissimo Music Studio (FMS) telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Sekolah Menengah St John Tuaran, menyatukan komuniti, keluarga, serta pencinta seni muzik dalam satu acara yang cukup bermakna.
Acara ini dirasmikan oleh Presiden Mitatabang Komuinti yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Padi dan Beras Sabah, Prof Madya Dr. Bonaventure Boniface.
Kehadiran beliau memberikan semangat luar biasa kepada para pelajar serta seluruh warga FMS yang berkerja keras menjadikan konsert ini satu kenyataan.
Konsert ini menampilkan 70 orang pelajar muzik yang berbakat besar dan berdedikasi dalam bidang piano, gitar, vokal dan koir.
Setiap persembahan menggambarkan perjalanan mereka, dari segi latihan pertama mereka hinggalah saat mereka berdiri megah di atas pentas, mempersembahkan hasil usaha dan semangat mereka kepada penonton yang hadir.
Di bawah pimpinan Pengetua FMS, Rhowell Rolland dan disokong penuh oleh Pengusaha Bersama, Rey KImara, studio berkenaan terus memperkukuh peranannya sebagai sebuah institusi seni yang bukan hanya melatih kemahiran muzik, tetapi juga membentuk keyakinan, displin dan jati diri pelajar.

Rhowell, Rey dan lain-lain dalam majlis itu
FMS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Victor Ationg, Group Managing Director merangkap Chief Executive Officer Sawit Kinabalu Group, Atas sumbangan piano serta pelbagai alat muzik lain yang amat berharga kepada pembangunan pendidikan muzik di studio FMS.
Sumbangan ini juga akan membantu dan memberi ruang kepada lebih ramai pelajar untuk belajar dan bekembang dengan kemudahan yang lebih baik dan berkualiti.
Dengan semangat kebersamaan dan cinta terhadap seni, Fortissimo Music Studio percaya bahawa konsert tahunan ini bukan sekadar acara persembahan, ia adalah lambang pencapaian, keberanian dan harapan.
Di sebalik setiap perjuangan, dedikasi dan sokongan tanpa henti daripada tenaga pengajar, ibu bapa dan komuniti, FMS bertekad untuk terus menjadi paltform yang membina bukan sahaja pemuzik muda yang berbakat, tetapi juga insan yang yakin, berdisplin dan berjiwa besar.
“Semoga pentas itu menjadi batu loncatan kepada lebih banyak impian yang akan dilakar dan direalisasikan melalui irama dan semangat yang tidak pernah padam” jelas Rhowell.



