ADVERTISEMENTspot_img

Falsafah ‘Menang-Menang’ China Tarik Perhatian Sabah

Anthony

KENINGAU: Falsafah kerjasama “menang-menang” yang sering diketengahkan oleh China semakin mendapat perhatian di Sabah kerana dilihat berpotensi membuka peluang kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan yang memberi manfaat bersama.

Presiden Persatuan Hakka Keningau merangkap Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau, Kapitan Anthony Chong Kong Ming berkata pendekatan itu berakar daripada falsafah tamadun China yang menekankan nilai belas kasihan, keharmonian dan kerjasama.

Beliau berkata konsep “Komuniti Berkongsi Masa Depan untuk Umat Manusia” yang berpunca daripada ajaran Daoisme oleh ahli falsafah seperti Laozi dan Zhuangzi menekankan bahawa kejayaan sebenar dicapai apabila semua pihak memperoleh manfaat.

“Dalam dunia yang semakin saling bergantung, dialog, kerjasama dan persefahaman antara budaya amat penting bagi memastikan kestabilan serta kemakmuran bersama,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan tersebut juga relevan kepada Sabah yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum serta berpotensi membuka peluang lebih luas dalam sektor perdagangan, pelancongan dan pelaburan termasuk di kawasan pedalaman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN