ADVERTISEMENTspot_img

Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, UMSTerima Lawatan Tanda Aras Projek Asnafpreneur Bank Rakyat

Gambar Dari kiri: Dr Ahmad Aizuddin Hamzah, Dr Sharinah Puasa, Dr Noor Hassanah Husin, Dr Rudy, Dr Brahim Chekima, Dr Lim Ming Fook

LABUAN: Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima lawatan tanda aras daripada Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), UMS sempena Projek Asnafpreneur Bank Rakyat.

Lawatan ini diketuai oleh Ketua Projek Asnafpreneur Negeri Sabah, Dr. Brahim Chekima, yang juga merupakan pensyarah kanan di FPEP.

Tujuan utama lawatan adalah untuk memperkukuh kerjasama akademik dan perkongsian pengalaman model program pembangunan usahawan asnaf yang telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan untuk dilaksanah di negeri Sabah melalui pendekatan keusahawanan sosial yang mampan.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Dr. Noor Hassanah Husin, Ketua Projek Asnafpreneur Bank Rakyat WP Labuan, bersama Dr. Sharinah Puasa dan Dr. Ahmad Aizuddin Hamzah, Pensyarah Kanan FKAL.

Kehadiran mereka mencerminkan sokongan bersama dalam membangunkan strategi, membincangkan cabaran, serta meneroka peluang memperkasakan komuniti asnaf melalui bimbingan, latihan keusahawanan, dan sokongan institusi kewangan.

Lawatan ini juga menujukkan komitmen kedua-dua fakulti untuk terus menyokong agenda nasional dalam meningkatkan taraf sosioekonomi golongan asnaf melalui pendidikan, inovasi, dan kerjasama strategik dengan rakan industri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN