KENANGAN …..Hiramaya (kiri) bersama tiga lagi rakannya bergambar kenangan bersama Anita Syhaminim (tengah) Yahya (tiga dari kanan), Uchiyama Yuko (dua kanan) dan Faridah.
LABUAN:Empat Pelajar Toyo University Jepun telah mengadakan lawatan dua hari ke Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) menerusi Program Jalainan Kerjasama Antarabangsa “Koryukai’ yang diadakan baru baru ini.
Program jalinan antarabangsa “Koryutai” merupakan program pengukuhan konsep budaya antara warga pendidik dan murid-murid di Wilayah Persekutuan Labuan dengan warga Toyo University, Jepun sempena lawatan rasmi mereka ke sekolah-sekolah di wilayah ini.
Ketibaan delegasi Jepun di SK Pekan Satu disambut Guru Besar, Anita Shyamini A/P S. Azman, Penolong Kanan Pentadbiran, Mohd Rais Basman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Normah Rahimi, Penolong Kanan Kokurikulum, Ibrahim Muhamad dan Penolong Kanan PPKI, Mohd Faisal Abd Moin.
Lawatan itu empat pelajar itu yang terdiri Takeda Mana, Hirayama Moeka, Hirayama Moeka, Koide Suzuho dan Machida Kisaki telah diketuai oleh Prof of Toyo University Department of Health and Sports Sciences, Uchiyama Yuko.
Lawatan mereka ke sekolah itu telah diiringi oleh Pegawai Pendidikan Labuan, Faridah Amit.
Dalam pada itu, pelajar Toyo University berpeluang untuk berkongsi Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) yang dikendalikan oleh Wan Muhammad Hazman Md Nasir bagi subjek Pendidikan Kesihatan yang bertajuk Piramid Makanan dan Nurjuliza Jamil bagi subjek Pendidikan Jasmani yang bertajuk Lompat Jauh.
Mereka begitu teruja mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan yang melibatkan murid-murid dari kelas 4 Genius dan 3 Genius.
Mereka juga telah dibawa ke stor sukan untuk sesi pembentangan Amalan Terbaik yang bertajuk Penubuhan
Skuad Junior Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dari guru PJK, Nur Anisah Majit.
Di samping itu, pelawat juga diberi peluang untuk melawat Bilik Kesihatan dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Sementara itu, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Yahya Ahmad Puteh ketika berucap meaikan delegasi pelajar Toyo University itu berkata, program tersebut dilihat mampu membuka minda dan peluang kepada warga sekolah untuk melihat dengan lebih jelas budaya yang diterapkan di sekolah luar negara, terutamanya sekolah di Jepun.