Empat pelajar SMK Labuan yang mendapat PNGK 4.0
LABUAN:Seramai empat calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Labuan mendapat keputusan terbaik Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0. berbanding tiga calon pada tahun 2022.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Abidin Marjan berkata, mereka merupakan pelajar SMK Labuan yang menjadi sekolah tunggal di Labuan yang mempunyai calon peperiksaan STPM.
Katanya empat calon STPM 2023 SMK Labuan itu ialah Nur Amylia Zairudin, Mathew Chew Kah Ming, Nur Fazrinah Jamal dan Norashaiqanaziraerme Asis.
Pelajar SMK Labuan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2023 bersama Abidin (tengah)
Sementara itu katanya, seramai 11 calon mendapat PNGK 3.75 ke atas, 43 calon mendapat PNGK 3.0 ke atas dan 78 calon mendapat keputusan PNGK 2.0.
“Secara keseluruhanya SMK Labuan mencatatkan peningkatan PNGK sebanyak 0.13 mata berbanding 2.65 pada tahun 2022 kepada 2.78 pada tahun 2023” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2023 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di SMK Labuan, kelmarin.
Beliau berkata seramai 139 calon SMK Labuan yang menduduki peperiksaan STPM 2023 telah mencatatkan 99.28 peratus lulus penuh iaitu meningkat sebanyak 2.04 berbanding 97.24 peratus pada tahun 2022.