ADVERTISEMENTspot_img

Duta Besar Timor Leste adakan lawatan singkat ke Labuan sempena BFF@Labuan2025

TYT Abel Guterres (dua dari kiri), bersama Dr, Zaliha, Mohd Sukuran (dua dari kanan), Noor Halim (kanan sekali). Sukuran (dua dari kanan) dan Azhar (kiri sekali) bergambar kenangan selepas pertemuan di Hotel Grznd Dorsett.

LABUAN: Duta Besar Timor Leste Ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abel Guterres mengadakan lawatan singkat ke Labuan sempena Borneo Flora Festival (BF@Labuan2025), pada Selesa.

Ketibaan delegasi Tuan Yang Terutama Abel Guterres disambut oleh BIMP-EAGA Business Cluster (BEBC) Bahagian Labuan, Azhar Osman.

Hadir sama menyabut ketibaan delegasi tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding, Noor Halim Datuk Zaini.

Terdahulu delegasi berkenaan telah dibawa melawat ke pejabat LDA Holding (LDAH) untuk mendengar taklimat mengenai peluang peluang pelaburan yang berkaitan dengan LDAH.

Sesi taklimat telah disampaikan sendiri oleh Noor Halim Datuk Zaini selaku tuan rumah kepada delegasi itu.

Delegasi berkenaan turut dibawa berkunjung ke Pejabat Labuan FSA dan lawatan ke Syarikat ASB Sdn. Bhd.

TYT Abel Guterres ketika melawat Borneo Flora Festival di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Di Labuan FSA, delegasi di sambut oleh Ketua Pengarahnya , Affendi Rashdi dan Timbalan Ketua Pengarah Labuan FSA, Jaffree Ismail. Manakala di ASB delegasi itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASB, Datuk Jafar Estaban dan setrusnya di bawa melawat ke kawasan industri ASB.

Sementara iti, pada sebelah malam delegasi Timor Leste itu yang diiringi oleh Azhar dan Noor Halim mengadakan lawatan ke Borneo Flora Festival termasuk melawat beberapa taman flora dari Perbadanan Putrajaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bandaraya Kuching, Brunei Darussalam, Perbadanan Labuan dan Kalimantan yang turut menyertai festival selama lima hari itu.

Borneo Flora Festival merupakan festival flora yang julung kalinya di adakan di Borneo yang mengimpunkan lebih 250,000 pokok bunga pelbagai spesies Borneo.

Sebelum mengakhiri lawatan, Tuan Yang Terutama Abel bersama delegasi telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri, Dr, Zaliha Mustafa yang diadakan di Hotel Grand Dorsett Labuan,

Hadir sama dalam pertemuan itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.

Sementara itu, Azhar yang juga Pengerusi LDAH menyifatkan lawatan Duta Besar Timor Leste ke Brunei itu dapat mengukuhkan hubungan antara Timor Leste dengan Wilayah Persekutuan Labuan dan Malaysia amnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN