25.6 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua pendaki Gunung Kinabalu terjatuh ketika paragliding

Pasukan penyelamat membawa turun mangsa dari Gunung Kinabalu dalam kejadian pada Selasa. – Foto Bomba

RANAU: Dua lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, kedua-dua mangsa yang juga pendaki Gunung Kinabalu ditemui di kilometer 7.5 Summit Trail dalam keadaan sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi.

Katanya, seramai empat anggota dan pegawai bersama empat malim gunung dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 9.30 pagi, mangsa pertama didapati cedera di bahagian lutut namun masih mampu untuk bergerak sendiri turun ke kaki gunung.

Salah seorang mangsa diberi rawatan awal pihak Bomba -foto Bomba

“Mangsa kedua pula didapati bengkak di bahagian lutut kanan dan disyaki mengalami kecederaan retak tempurung lutut,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurutnya, rawatan awal terhadap kedua-dua mangsa segera dilakukan oleh pasukan penyelamat.

“Pasukan penyelamat mencuci luka mangsa pertama, manakala mangsa kedua diberi balutan anduh sebelum diangkat menggunakan stretcher untuk turun ke kaki gunung,” katanya. -awani

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN