29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Dua pekerja buruh binaan maut dalam kemalangan jalan raya.

TERCAMPAK….mayat salah seorang penumpang yang maut tercampak ke jalan raya.


LABUAN: Dua lelaki pemeggang kad IMM 13 yang bekerja sebagai buruh maut dalam satu kemalangan jalan raya, berhampiran lampu Isyarat Masjid An Nur dekat sini, pada malam Selasa.


Kedua-dua mangsa yang maut merupakan penumpang sebuah kereta Proton Bezza yang datang dari arah pusat bandar memasuki simpang melalui kawasan lampu isyarat bertembung dengan sebuah van Nissan yang datang dari arah Jalan Pohon Batu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, kedua-dua mangsa maut ditempat kejadian seorang daripadanya tercampak keluar dari kereta, manakala seorang lagi tersepit ditempat duduk hadapan penumpang.

TERBALIK… Van jenis Nissan yang bertembung dengan Proton Bezza dalam kemalangan itu terbalik.


Menurut Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, kedua-dua mangsa yang maut di kenali sebagai Ahmad Hashim,40 merupakan penumpang belakang yang tercampak keluar dan Mal Parad, 36 ialah penumpang yang tersepit di tempat duduk hadapan penumpang.


“Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat” katanya dalam satu kenyataan media disni, pagi Rabu.


Sementara itu, kedua-dua pemandu lelaki kereta dan van berkenaan yang masing-masing berumur 58 dan 22 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.


“ Kedua-dua pemandu hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Labuan, contoh darah dan air kecing mereka telah diambil untuk ujian dadah dan alkohol” katanya.


Beliau selanjutnya berkata, siasatan awal berpunca daripada kecuaian pemandu Proton Bezza semasa keluar dari simpang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Kanal 1987.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN