Wira dan wirawati atlet Karate Labuan bersama Dr. Suhaili (tengah), Noor Halim (dua dari kiri) dan Aswadee (empat dari kanan)
LABUAN: Dua atlet karate Labuan yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa diraikan menerusi Majlis Santai Hi-Tea anjuran LDA Labuan Holdings Sdn. Bhd di sini pada Jumat.
Mereka ialah Nur Aneesa Aira Affendi yang meraih pingat emas acara Kata Individu Perempuan 16 tahun pada Kejohanan Karate Asia di Jordan dan Muhammad Aiqal Asmadie merupakan pemenang pingat gangsa acara Kata Berpasukan Lelaki pada Temasya Sukan Asia di Aichi-Nagoya, Jepun yang berlangsung baru baru ini.
Hadir sama pada majlis itu Ahli Parlimen Labuan, Dato’ Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif LDA Labuan Holding Sdn. Bhd. Noor Halim Datuk Zaini dan Presiden Persatuan Karate Labuan, Renshi Aswadee Taba.
Pada majlis itu, Dr. Suhaili turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM2,000 kepada kedua dua wira dan wirawati.
Semantara itu LDA Labuan Holding mengulurkan sumbangan secara bersamsa dengan TD Cargo Services dan DB Logistik berjumlah RM3,000 sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian mereka mengharumkan nama Labuan dan negara di peringkat antarabangsa.
Dalam majlis sama, Dr. Suhaili turut mengumumkan sumbangan RM5,000 kepada Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Labuan bagi menyokong pembangunan sukan itu termasuk usaha mencungkil bakat baharu dan meningkatkan prestasi atlet.



