30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dua atlet  karate Labuan   bawa pulang 3 pingat di Kejohanan SEAKF ke 10

Isyraf (kiri) dan  Aiqal bersama pingat yang dimenangi di kejohanan SEAKF Filipina baru baru ini.

LABUAN:  Dua atlet karate  Labuan membawa pulang tiga pingat pada Kejohanan Karate Asia Tenggara  (SEAKF)   ke 10  di Stadium Ninoy Aquino Manila Filipina baru baru ini.

Tiga pingat yang   disumbangkan oleh atlet karate Labuan itu ialah Muhammad Aiqal Asmadie  mengutip dua pingat perak menerusi Senior  Kata Lelaki dan  Bawah 21 tahun.

Muhammad Aiqal yang merupakan skuad pelapis kebangsaan (Kata)  ditewaskan oleh atlet  Indonesia menerusi kategori Kata Lelaki Senior dan atlet Vietnam bagi kategori Lelaki Bawah 21 Tahun pada peringkat akhir kejohanan.

Manakala satu pingat gangsa pula, di kutip  oleh Muhammad Isyraf Faiz Mohd Ismifarizal bagi kategori Kumite Lelaki Kadet 14 tahun (70kg keatas).

Kedua dua atlet karate Labuan itu merupakan  skuad karate kebangsaan yang mewakili Malaysia di kejohanan tersebut.

Jurulatih Karate  (kata) Kebangsaan Mohd Norfarhan Nordin berkata, kejohanan itu merupakan pra kejohanan sebelum menghadapi temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja Mei  2023.

Secara keseluruhan Skuad  karate Malaysia yang menyertai kejohanan itu  membawa pulang tiga pingat emas, lima perak dan lima gangsa untuk berada dikedudukan tempat ke lima selepas Vietnam,  Thailand, Indonesia dan Filipina.

Seramai 350 atlet karate dari seluruh  rantau Asia menyertai kejohanan tiga hari itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN