28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

DSP Nor Rafidah Kasim lakar sejarah wanita pertama di Sabah dilantik ketua Polis Daerah

DSP Nor Rafidah dan SUP Shahrudin (kanan)mengabadikan gambar kenangan dengan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikon (tengah)selepas majlis serah tugas itu.

KENINGAU:Deputi Supertiden Polis (DSP)Nor Rafidah Kasim melakar sejarah menjadi wanita pertama di negeri ini dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Keningau yang baharu.

Nor Rafidah mengantikan DSP Shahrudin Mat Husain yang dinaikkan pangkat Suprentiden Polis (SUP) yang berpindah sebagai Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud.

DSP Nor Rafidah sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Turus Bahagian Seksual Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Majlis serah tugas antara SUP Shahrudin dan DSP Nor Rafidah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikon di IPD Keningau hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah itu berkata, ini merupakan satu sejarah negeri Sabah apabila seorang wanita dilantik menjadi Ketua Polis Daerah.

“Kita berharap bahawa ini merupakan satu contoh dan motivasi kepada pegawai-pegawai wanita bahawa mereka boleh dilantik untuk menjawat jawatan Ketua Polis Daerah” katanya.

Ketua Polis Keningau yang baharu DSP Nor Rafidah Kasim berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada  pucuk pimpinan tertinggi Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan tertinggi Kontijen Sabah atas kepercayaan yang berikan kepada beliau.

Shahrudin pula berharap Ketua Polis Daerah yang  baharu itu dapat mengekalkan rentak kerjasama dengan semua pihak terutama kawasan Pedalaman.

Pada masa sama Shahrudin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang sentiasa menyokong semasa menjadi Ketua Polis Daerah ini.

Terdahulu berucap pada majlis itu Datuk Jauteh berharap kesemua anggota polis di negeri ini perlu terus menggalas tugas dengan amanah dan berintegerti bertepatan dengan slogan masyarakat dan polis  berpisah tiada.

Pada masa sama beliau turut meningatkan masyarakat setempat agar terus mematuhi Prosuder Operasi Standard (SOP )semasa menyambut perayaan sambutan krismas dan menjelang tahun baru nanti bagi membendung penularan covid 19.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN