Dr Zaliha pada mesyuarat Pasca Jemaah Menteri bagi RMK 13.
LABUAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, Wilayah Persekutuan Labuan tidak boleh dianggap sebagai entiti yang sama atau homogen dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Ini kerana katanya, ketiga tiga wilayah itu berdepan dengan cabaran yang sangat berbeza khususnya yang melibatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,
” Selama ini Wilayah Persekutuan Labuan dianggap sebagai entiti yang sama, namun hakikatnya apabila kita menyentuh soal ekonomi dan kesejahteraan rakyat jelas ketiga tiga wilayah ini berdepan dengan cabaran yang berbeza” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Terdahulu beliau menghadiri sesi libat urus Pasca Mesyuarat Jemaah Menteri bagi Rancangan Malaysia ke 13 (RMK13) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron dan delegasi DBKL di Putrajaya.
Dr Zaliha berkata, walaupun Labuan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) par kapita kedua tertinggi di Malaysia, namun kadar cukai yang diperolehi lebih kecil berbanding perbelanjaan iaitu kadar cukai yang dikutip sekitar RM 47 juta berbanding perbelanjaan RM 95 juta dan ini secara tidak langsung menzahirkan ketidakstabilan fiskal yang perlu ditangani.
Selain itu katanya, kebergantungan ekonomi Labuan kepada sektor minyak dan gas tidak serancak sedekat yang lalu.
Justeru itu katanya, Labuan memerlukan penekanan kepada sektor alternatif seperti sektor pelancongan dan ekonomi baru sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.
‘Saya tegaskan bahawa pendekatan RMK13 terhadap Wilayah Persekutuan tidak boleh di samaratakan. Kita mesti mengiktiraf keunikan cabaran dan kekuatan setiap wilayah dengan merangka penyelesaian yang bersifat setempat berfokaskan impak sebenar kepada rakyat “, katanya.



