28 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 4, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Dr Rohana dinobat ikon Pelajar MAIWP Labuan

TAHNIAH… Dr Rohana (tiga dari kanan)  menerima plak, sijil dan wang tunai  daripada Mohd Fauzi sambil diperhatikan Kamariah (kanan sekali)

LABUAN: Dr. Rohana Mohd  Nohd Firdaus merupakan anak jati Labuan pertama yang dianugerahkan sebagai Ikon  Pelajar Cemerlang  Baitulmal MAIWP Wilayah Persekutuan Labuan.

Dr Rohana, 28, pelajar Doktor Falsafah (PhD) jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor menerima anugerah itu pada Maljis Penyampaian  Anugerah Kecermerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP  2022 yang diadakan di salah sebuah hotel di sini, pada Sabtu.

Beliau yang juga merupakan penerima Bantuan Am Persekolahan dan Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP sejak 2014-2022 menerima sijil penghargaan dan wang tunai yang disampaikan oleh   Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Fauzi Abidin.

Rohana yang sebelum ini mengidap kanser paru-paru tahap 4 dan telahpun diagnos menzahirkan rasa syukur kerana dapat meneruskan  dan menghabiskan sesi pembelajaran sehingga tahap Doktor Falsafah.

“Jika saya yang telah diagnos kanser paru-paru tahap 4 mampu menghabiskan sesi pembelajaran sehingga ke tahap Doktor Falsafah, besarlah harapan saya jika adik adik yang sihat pada hari ini meneruskan pembelajaran sehingga ketahap yang paling tinggi.

“Bersyukur harus diletakkan ditempat yang tinggi dalam diri agar kita lebih tenang mengharungi cabaran mendatang” katanya ketika diminta memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada penerima anugerah pelajar cemerlang di majlis itu.

Seramai 61 pelajar cemerlang dari pelbagai kategori peperiksaan melibatkan  Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (USRA), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),  Diploma serta Ijazah  menerima anungera tersebut.

Setiap penerima anugerah menerima wang tunai serta sijil penghargaan. 

Pada majlis itu, Mohd Fauzi  turut  menyampaikan  replika cek peruntukan Skim Bantuan Am Pelajaran bernilai RM3.7 juta dan peruntukan  Skim Bantuan  Am Pelajaran IPT  bernilai RM963,500.00 yang disalurkan kepada MAIWP Labuan.

Hadir sama, Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad,  Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Labuan,  Kamariah Salim dan Pengarah Urusan Klinik Bakti, Datuk Wira Dr Ramli Tahir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN