Diminta sedia hantaran RM30k, pemuda rela lepaskan kekasih

Diminta sedia hantaran RM30k, pemuda rela lepaskan kekasih

04/06/2021 Off By Admin

SEDAR tidak mampu menyediakan nilai hantaran seperti yang diminta, seorang pemuda terpaksa berkorban kebahagiaan apabila mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok baru-baru ini, Ahmad Syahriman mengakui dia hanya memiliki pendapatan yang sederhana dan tidak mampu menanggung permintaan RM30,000 daripada ibu bekas kekasihnya itu.
“Berkorban demi kebahagiaan”

@mr_syahrimanBerkorban demi kebahagiaan. ##tiktokmalaysia ##fyp ##tiktok ##fypppppppppppppp♬ original sound –
“Ibu awak minta hantaran RM30,000.. tapi saya hanya seorang kuli. Dengan itu, saya terpaksa lepaskan awak. Semoga awak dipertemukan jodoh yang baik-baik,” tulis pemuda berusia 26 tahun itu. Rakaman video berdurasi 17 saat itu memaparkan Syahriman yang dipercayai bekerja sebagai pegawai pemeriksa kesihatan sedang melakukan tugasan rondaan selain berkongsi foto bersama ibu tersayang.

Posting tersebut menerima hampir 40,000 tanda suka serta 2,709 komen netizen dimana rata-rata terkejut mengenai permintaan RM30,000 itu yang disifatkan sangat tinggi dinilainya untuk ditunaikan oleh kebanyakan bakal suami.

Selain itu, ada juga segelintir individu mendoakan pemuda berasal dari Kelantan itu agar dipertemukan jodoh dan bakal menantu yang sebaiknya tanpa memandang soal wang ringgit.