Oleh: Dr. Jurry Foo & Puan Asnah Ariffin
- Fakulti Sains Sosial dan Kemananusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Rakan Strategik BDB.
- Guru Besar, SK. Marakau, Ranau, Sabah.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah agenda penting dan semestinya mempunyai pengaruh yang besar kepada Sustainable Development Goal 2030 (SDG 2030) dalam memastikam pembangunan lestari yang menjamin kesejahteraan sejagat.
SK Marakau, Ranau, Sabah, Malaysia dengan sokongan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Ranau memulakan langkah mendidik murid menjadi duta kelestarian sistem Tagal sebagai amalan baik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan penerapan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui program yang telah dirangka bersama rakan strategik termasuk Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah, Jawatankuasa Bombon Marakau dan MyJICA (Sabah Chapter).
Langkah pemula kepada usaha kemenjadian murid melalui pendekatan ini antara lainnya adalah dengan memperkenalkan murid kepada sistem Tagal dan bagaimana manusia mempunyai peranan penting dalam sesebuah ekosistem. Pendekatan ini akan mengadunkan PdP berasaskan pengalaman dengan entiti pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran dan konsep STEM. Sebagai amalan baik PdP juga, program ini bukan sahaja melibatkan rakan strategik tetapi juga semua warga sekolah dan komuntii setempat termasuk komuniti.
Guru sekolah SK Marakau menyambut baik pendekatan ini. Selain daripada memanfaatkan maklumat sistem Tagal yang dikongsikan daripada Universiti Malaysia Sabah, guru-guru mengambil inisiatif memberi kefahaman kepada murid melalui PdP dalam bilik darjah.
Pegawai Pendidikan daerah Ranau, En. Majus Munsing yakin dengan menjadikan kawasan Tagal atau Bombon sebagai ruang pembelajaran (PdP) sesi PdP akan lebih dinamik dan berorientasikan projek melalui pengalamaian pelajar dalam situasi sebenar. Oleh itu beliau menyarankan sekolah mengambil peluang persekitaran sekolah seperti sungai dimanafaatkan utk tujuan pembelajaran.
Manakala Pengerusi Jawatankuasa Sistem Bombom Marakau, En. Hamdan Jaini menyatakan keyakinan beliau bahawa usahasama yang sekian lama dinantikan ini akan memperkukuhkan lagi institusi Sistem Tagal melakui penglibatan semua pihak.