25 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dayang Enterprise sumbang 200 kit makanan

GAMBAR: SUMBANGAN…. Azmir (dua kiri) menyampaikan sumbangan kit makanan kepada salah seorang penduduk kampung sambil diperhatikan oleh Arifin (kanan sekali)

LABUAN:  Syarikat perniagaan penyediaan perkhidmatan penyenggaraan dan  fabrikasi, Dayang Enterprise  yang beroperasi di pulau ini telah melaksanakan Tanggung Jawab Sosial (CSR)  dengan meyumbangkan sebanyak 200 kit makanan kepada penduduk kampung Rancha-Rancha Laut yang kurang berkemampuan.

Majlis penyerahan bantuan tersebut telah  disempurnakan oleh Pengurus Dayang Enterprise, Azmir Aman di perkarangan rumah Ketua Kampung Rancha-Rancha, Rosman Hussien, pada Ahad.

Hadir sama, Penyelaras Projek Arifin Abdul Wahad.

Terdahulu Azmir ketika berucap pada majlis itu berkata, komitmen sektor swasta ketika krisis pandemik sangat penting dan berharap inisiatif kebajikan syarikatnya akan menggalakkan syarikat lain untuk menyumbang.

“Adalah menjadi harapan kami agar langkah sederhana ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan termasuk golongan yang terjejas akibat pandemik COVID 19,” katanya.

Sementara itu Rosman berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan penduduk kampung yang terjejas dan ada di antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.


“Kami mengucapkan terima kasih kepada Dayang Enterprise atas sumbangan  untuk membantu penduduk kampung khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan  dan  kami berharap lebih ramai pemain korporat tampil untuk menyumbang,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN