24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 24, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Daerah Pitas juga mampu lahirkan lebih ramai pemain negeri

SEPAK MULA…Harun melakukan sepak mula di kejohanan tersebut.

 OLEH: HJ. MOHD AMIN HJ MUIN & A. JALIL MADARIN


PITAS:Daerah Pitas mampu melahirkan lebih ramai pemain negeri seperti yang pernah dilakukan pada masa lalu, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Oil dan Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) Datuk Haji Harun Haji Ismail.

Beliau berkata pemain-pemain seperti Dikah Utoh, Moktar Dayuh, Romzie dan beberapa orang lagi yang berasal dari daerah Pitas perlu dicontohi.

Harun berkata penganjuran satu-satu kejohanan sama ada di peringkat kampung dan daerah mampu mencari bakat-bakat baharu dalam sukan nombor satu di dunia ini.

“Apabila kita menyertai satu-satu kejohanan,amat penting kita memberikan tumpuan terhadap kejohanan itu biar pun ianya diperingkat kampung kerana bakat-bakat baru biasa dicungkil bermula dari peringkata ini,”kata Harun  ketika berucap pada  Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Mix Vet Tertutup Daerah Pitas di Padang Majlis Daerah Pitas dekat sini baru-baru ini.

Harun yang juga Timbalan Ketua Bahagian PGRS Bahagian Pitas berkata  kejohanan ini juga dapat  menghimpunkan legenda bola sepak daerah Pitas disamping menghidupkan semula bola sepak veteran yang telah sekian lama terhenti iaitu sejak Tahun 2018 lagi.

Katanya, kejohanan ini juga sebagai satu penilaian terhadap pemain yang mengambil bahagian untuk dijadikan contoh seperti pemain terbaik, penjaring terbanyak penjaga gol terbaik dan banyak lagi untuk diambil perhatian oleh para pemain akan datang.

BERSAMA PEMAIN…Harun berdiri di belakang merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian para pemain yang mengambil bahagian.

Beliau berkata dalam apa juga jenis sukan kejayaan hanya boleh dicapai melalui disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi disamping jati diri  mereka.

“”Pemain yang  diangkat  sebagai pemain yang berketerampilan dan berpotensi adalah dari mereka yang sentiasa menjaga disiplin diri dalam segenap perlawanan persahabatan atau kejohanan sama ada dalam peringkat mukim, daerah atau lebih tinggi dari ini ,”katanya.

Dalam hubungan ini kata Harun dimana saja kita beraksi  sama ada perlawanan persahabatan mahu pun kejohanan langkah utama yang kita pegang ialah disiplin, elakkan melakukan perkara yang tidak diingin kerana ianya tidak membawa faedah malah boleh mencemarkan imej pemain dan daerah yang di wakilinya.

Di Majlis penutupan kejohanan tersebut Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Pitas, Ariffin Matasin yang mewakili  Harun mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur kejohanan ini yang amat cemerlang kerana sepanjang perlawanan tidak ada perkara yang tidak diingin berlaku.

Beliau juga bangga apabila apabila terdapat pemain merasa  sudah menjangkau 63 tahun namun masih mampu bermain setaraf dengan pemain yang jauh lebih muda.

HADIAH…Ariffin (dua dari kanan) menyampaikan hadiah Johan kepada ketua pasukan Bengkoka sambal disaksikan oleh Jali Suntang (kiri) dan yang lain.

Arifin berkata kehadiran  pasukan undangan dari daerah Paitan dapat mengeratkan lagi tali silaturahim diantara dua daerah jiran yang mempunyai persamaan bahasa dan budaya.

 Belaiu juga  mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kepada Datuk Haji Harun Haji Ismail yang menjadi penaja utama kejohanan ini dan menyeru para pemain sama-sama  menyokong agar kejohanan ini dapat diteruskan.

Kejohanan kali ini sebanyak Sembilan buah pasukan mengambil bahagian yang terdiri dari pasukan Pitas Legend, Bengkoka, Rukut-Rukut, keltom, Rosob, Narandang Vet, Stom Vet, Gssmb, dan Paitan Vet (Jemputan).

Dalam kejohanan itu  Johan disandang oleh pasukan  Bengkoka naib johan dimenangi oleh Paitan Vet dan tempat ketiga bersama Keltom dan Ruku-Rukut.

Penjaring terbanyak sepanjang perlawanan disandang oleh Abdul Rashid Ahmad dari pasukan Bengkoka, penjaga gol terbaik dimenangi oleh Jaikson dari Bengkoka, pemain terbaik disandang oleh Haji Dewa dari Paitan Veteran. Kesemua pemenang masing-masing membawa balik hadiah berupa piala, wang tunai dan medal.

Hadir sama, Pengerusi penganjur kejohanan yang juga Presiden Pitas Legend, Tuan  Jali Suntang serta pemimpin komuniti setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN