Rombongan dari Kuala Selangor merekam gambar semasa lawatan mereka ke RRF.
RANAU: Masa cuti sekolah dan perayaan Hari Natal dimanfaatkan oleh 34 orang ahli rombongan Infokal Malaysia Sdn. Bhd untuk melawat ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu.
Lawatan yang julungkali diadakan itu bertujuan meningkatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan mereka yang bertugas di lokasi agak berjauhan di merata tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ketua rombongannya, Arita Binti Asli memberitahu program itu merupakan Company Trip (Infokall Malaysia) Sdn. Bhd, menggunakan Bas Borneo Kinabalu Tour Transfort Sdn.Bhd.
“Sempena program kami berkesempatan melawat Pekan Nabalu, Taman Kinabalu, Taman Air Panas Poring, Dairy Farm Masilou, Ranau Rabbit Farm (RRF), Bombon Marakau, Kinabalu Sky Bike dan Buaian Raksasa Kigiok Ranau”, jelas Arita sambil menyatakan perasaan seronok, gembira dan rasa bertuah mereka berpeluang melawat Ranau-Kundasang yang masih hijau serta kaya dengan flora dan fauna.
“Kami akan datang lagi melawat di sini dengan lokasi serta peserta yang berlainan pada masa akan datang’, tambah Arita.
           Â



