33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Cuti hujung minggu, Ranau dan Kundasang terus jadi tumpuan

BERSEDIA…Dayang (kanan) dan Aisyah mengenakan peralatan keselamatan sebelum  mengikuti laluan Kinabalu Sky Bike.

RANAU: Penularan pandemik Covid-19 tidak mematahkan semangat dua gadis berbeza lokasi kelahiran memanfaatkan masa Cuti hujung minggu untuk melawat tempat-tempat menarik di Ranau dan Kundasang.

Cik Dayang Siti Rabiatul Adawiah 32, dari  Taman Perumahan Kinarut bersama rakannya  Cik Aisyah Binti Nordin 31, dari Lahat Datu memanfaatkan masa cuti untuk berkunjung ke Dairy Farm Kundasang, Tugu Peringatan Perang Kundasang, Taman Air Panas Poring, Bombon Marakau dan Ranau Rabbit Farm (RRF) di mana mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti aktiviti Kinabalu Sky Bike berhampiran RRF, milik Wong Ko Siong.

Dayang ketika ditemu memberitahu, mengikuti Sky Bike merupakan pengalaman pertama mereka berdua selepas kawan-kawannya yang lain sudah mendahului  mengikuti Sky Bike tersebut.

“Kami tertarik dengan cerita kawan-kawan kami yang sudah pernah mengikuti  program itu, jadi hari ini giliran kami mencuba keberanian kami”, jelas Dayang yang memang meminati aktiviti lasak.

Kinabalu Sky Bike di laluan sejauh 200 meter,  dengan ketinggian lebih 100 meter dari aras tanah menawarkan bayaran RM90 sahaja (pergi-balik).

Mereka adalah antara ratusan pengunjung ke RRF yang datang dari luar daerah Ranau termasuk  pelancong dari Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Brunei Darussalam dan  Semenanjung yang semuanya ada mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian  Covid-19.

“Kami sengaja ambil peluang cuti hujung minggu untuk ke daerah Ranau yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan banyak lokasi menarik”, tambah Dayang.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN