27 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Cuti hujung minggu, Kundasang terus jadi tumpuan pengunjung

TERSERGAM INDAH…Panorama Gunung Kinabalu tetap memikat para pengunjung.

KUNDASANG: Meskipun kini masih dalam suasana pandemik  pengunjung pekan Taman Kinabalu dan pekan  Kundasang bagaikan ‘Anak Ayam Telepas’ bertambah ramai dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengekang jangkitan Covid-19 yang masih menular.

Tinjauan penulis pagi tadi, mendapati tumpuan utama orang ramai ialah, Taman Kinabalu untuk merakam gambar keindahan panoramanya dan tidak sunyi juga pengunjung ‘Taman Salfe’ pekan Kundasang dan ke Tugu Perang Dunia Kedua terletak di salah sebuah bukit berhampiran pekan Kundasang pasti memberi seribu kenangan manis yang abadi kepada setiap pengunjung.

Ramai yang sempat ditemu-bual, mereka memanfaatkan cuti hujung minggu berasa seronok dan rasa bertuah dapat berkunjung ke pekan Kundasang sambil membeli-belah sayuran segar tanah tinggi di pasar Gerai Kius yang mempamer jualkan ratusan jenis sayuran segar.

KAPAL TERBANG…Antara replika yang boleh dilihat sekitar Taman Selfie pekan Kundasang.

“Selain sayuran segar, banyak juga pilihan jenis bunga hidup yang dijual dengan harga yang sederhana di sini, berbanding di tempat lain di Sabah”, jelas Cikgu Susanti  Binti Idris 29, dari Kota Kinabalu yang mengadakan lawatan ke pekan Kundasang dalam perjalanannya bersama rakan-rakan ke Sandakan.

Menurutnya, peluang itu mereka manfaatkan untuk singgah ke pekan Kundasang dan pekan Ranau untuk membeli sayuran segar dan bunga ‘Ati-Ati’ yang mereka minati.

“Kami sengaja singgah di Kundasang ini dalam perjalanan kami ke Sandakan tempat kami bertugas memandangkan sekolah akan bermula  secara bersemuka dengan pelajar bermula minggu depan”, tambah Cikgu Susanti yang bertugas di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Sandakan.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN