25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

COVID 19: PAS Labuan gesa kerajaan pusat bertindak pantas

GAMBAR : HAMIR ZAHARI

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN : Kadar jangkitan tertinggi dalam negara (1 kes positif bagi setiap 26 orang penduduk) dan  kadar kematian semakin meningkat dengan kes tertinggi 8 kematian pada kelmarin menyaksikan Labuan semakin kritikal dan parah.

Selain itu,  peruntukan kewangan untuk mengurus prasarana dan keperluan barisan hadapan  dan pesakit serta keluarga yang dikuarantin juga adalah antara  kejangan dan beban yang sedang dihadapi oleh pihak yang berkaitan.

Justeru itu, Yang Di Pertua PAS Kawasan Labuan, Hamir Zahari dalam satu kenyataan  hari ini mengesa agar kerajaan pusat mengambil tindakan segara dalam menangani masalah pendamik COVID 19 yang sudah pun melangkaui kategori kecemasan.

“ Berdasarkan kepada situasi di atas, Labuan adalah hot spot dalam negara ketika ini. Segala keperluan kelengkapan dan dana kewangan wajib diurus dengan pengurusan krisis dan bukan lagi dengan cara biasa yang  terlalu banyak birokrasi dan lambat.  Kepimpinan tempatan dan juga rakyat mahu kerajaan  mengambil tindakan lebih pantas dalam memastikan Labuan  tidak terus menjadi parah” katanya.

Hamir yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah memastikan  kelengkapan untuk pengendalian pesakit COVID-19 diterbangkan terus ke Labuan serta merta.

Dalam pada yang sama  bekalan vaksin juga wajib diterbangkan terus ke Labuan  dengan kapal udara tentera serta merta bagi mempercepatkan imuniti kelompok.

“Peruntukan kewangan bagi menangani krisis juga wajib diluluskan dengan crisis mode procedure bukan lagi melalui approval process yang panjang dan PAS Labuan  melihat semuanya wajib diurus dengan crisis mode kerana situasi sekarang sudah melangkau kategori kecemasan” katanya.

Jelas Hamir lagi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (Perbadanan Labuan) sudah berusaha semaksima ketika ini, namun semua itu tidak akan mencapai matlamat tanpa sokongan segera dan pantas dari Kerajaan Pusat. 

PAS Labuan katanya,  mencadangkan supaya segala keputusan dan perancangan yang dibincang di peringkat JPBD Labuan wajib diambil tindakan segera dan pantas, tanpa banyak lapisan mesyuarat dan prosedur yang panjang lagi di peringkat Kementerian atau MajlisKeselamayan Negara (MKN).

Selain itu katanya, PAS Labuan menyeru semua Kementerian terbabit, Kementerian Kesihatan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta MKN, supaya fokus terhadap Labuan yang sudah jelas dengan data dan faktanya sebagai kawasan yang paling kritikal di Malaysia.

 “Kami juga menyeru supaya pihak swasta khususnya semua Syarikat-syarikat Minyak and Gas yang beroperasi di Labuan supaya tampil menyumbang kepada JPBD untuk mengurus krisis ini dengan lebih lancar dan berkesan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN