25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Covid-19, Keuskupan Keningau zahirkan doa keselamatan kepada kerajaan dan barisan hadapan

Oleh: LSJ

KENINGAU: Sempena sambutan Paska ini, Keuskupan Keningau turut tidak ketinggalan menzahirkan doa keselamatan kepada kepimpinan kerajaan dan para petugas barisan hadapan yang berhempas pulas berjuang demi negara dalam membendung penularan pandemik covid 19.

Demikian dinyatakan, Bapa Uskup Bishop Datuk Cornelius Piong dengan nada sayu semasa khutabnya sempena Misa jumaat agung bagi mengenang sengsara dan wafat kristus yang disiarkan secara langsung di youtube berikutan Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

Bapa Uskup Dtk Cornelius Piong

“Tugas dan pengorbanan mereka perlu dihargai kerana tanpa mereka sudah tentu wabak ini tidak dapat ditangani sebaik mungkin pada ketika ini.”Katanya.

“Diharapkan para barisan kakitangan hospital yang mempunyai pelbagai kepakaran tentang dunia perubatan dapat menemui segera vaksin covid 19 ini seterusnya membolehkan para pesakit yang dijangkiti dapat disembuhkan dan kembali ke pangkuan keluarga tersayang”.Katanya lagi.

Oleh itu, Datuk Cornelius turut menyarankan semua umat kristian agar senitiasa mendoakan agar pandemik covid 19 ini berakhir dengan cepat seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini.

Siaran misa jumaat agung yang disiarkan secara langsung di You Tube

Jelas beliau, akibat penularan wabak covid 19 ini, satu perubahan besar berlaku yang tidak pernah dialami sebelum ini sehingga mengorbankan banyak nyawa tanpa mengira umur dan menyebabkan kerajaan hari ini telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakkan PKP demi memastikan nyawa setiap orang tidak terancam oleh pandemik covid 19 ini.

Oleh itu katanya, diharapkan semua masyarakat setempat dapat mematuhi arahan pihak berkuasa dalam tempoh PKP sehingga ianya diisytiharkan selamat oleh pihak kerajaan.

Dalam perkembangan lain katanya, Sempena sambutan paska ini, masyarakat Kristian diminta untuk terus memperkuatkan keimanan diri dan sentiasa berdoa kepada tuhan yang maha esa dalam apa sahaja keadaan serta terus membuat kebaikan sesama kita seperti yang termaktub dalam alkitab. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN