28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

CIMB Bank Labuan Offshore Branch anjur program CSR bantu masyarakat setempat

Norlela mengecat perahu simbolik perasmian CSR CIMB Berhad.

LABUAN: CIMB Bank Berhad cawangan Luar Pesisir Labuan (CIMB offshore bank) melaksanakan program tanggung jawab sosial (CSR) untuk membantu masyarakat bertempat di Kampung Sungai Miri/ Sungai Pagar di sini pada Sabtu.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah program mengecat semula bot nelayan dan pemeriksaan kesihatan bersama penduduk kampunng.

Pengurus Besar CIMB Berhad, Norlela Omar berkata program tersebut mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sukarelawan pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Norlela bersama staff CIMB Berhad dan penduduk kampung yang menyertai CSR CIMB Berhad.

“Pada kami, nelayan dan juga pihak komuniti masyarakat di Labuan adalah penting dan kami di CIMB yang lama bertapak di Labuan, merasai penting untuk kami bersama-sama komuniti untuk memberikan sokongan dan menjayakan apa-apa program untuk penduduk setempat”, katanya selepas di temui media di perkarangan Balai Raya Kg. Sungai Miri/Sungai Pagar.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Sungai Miri/Sungai Pagar, Mahmud Asat menzahirkan penghargaan atas program yang dianjurkan dan keprihatinan pihak swasta dan korporat untuk mendekati serta membantu masyarakat, khususnya golongan B40.

“Kami sentiasa mengalu alukan kepada ahli-ahli korporat untuk meneruskan program-program yang memberi manfaat kepada penduduk kampung,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN